awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris

Astro Arena
Astro Arena
06/05/2024
05:48 MYT
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberi bantuan dalam kemenangan Liverpool. - Foto AP
MOHAMED SALAH mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Salah, yang berselisih faham dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu, kembali ke tahap terbaik ketika The Reds menemui semula rentak kemenangan semalam.
Dia membuka jaringan pada minit ke-16 di Anfield, di mana Liverpool mendahului 4-0 sebelum Spurs bangkit mengejar mendapatkan dua jaringan.
Harvey Elliott menyumbat gol keempat Liverpool, setelah menerima hantaran daripada Salah. Salah adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan lebih 10 gol dan memberikan 10 assist dalam tiga musim berturut-turut.
Sementara itu, dia juga merupakan pemain kedua yang mencatatkan lebih 10 gol dan bantuan bagi lima musim berasingan dalam pertandingan secara keseluruhan, selepas Wayne Rooney.
"Mo Salah beraksi cukup cemerlang," kata Klopp kepada Sky Sports.
Gol awal Salah juga menyaksikan dia kini menyamai rekod Harry Kane sebagai penjaring terbanyak dalam perlawanan Liga Perdana antara Liverpool dan Spurs, dengan sembilan gol.
Dia juga mensia-siakan peluang besar untuk menjadikan kedudukan 5-2, sebelum melihat gol dibatalkan kerana ofsaid dalam masa kecederaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#Liga Perdana Inggeris
#cipta sejarah
#Tottenham
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan