KUALA LUMPUR: Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan muncul atlet keenam mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan kempen kelayakan terakhir di Phuket, Thailand hari ini.
Pada Kejohanan Piala Dunia IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa), Mohamad Aniq yang beraksi dalam kategori 61 kilogram (kg) melakukan angkatan keseluruhan 290kg namun tidak berjaya mengulangi pencapaian terbaik sewaktu di Qatar Disember lepas dengan angkatan 296kg.
Biarpun menamatkan saingan di tempat kelapan, kedudukan berkenaan tidak terjejas apabila badang negara berusia 21 tahun itu tetap layak ke Paris bersama sembilan atlet lain ke temasya berprestij dunia itu.
Perkhabaran gembira atlet kelahiran Segamat itu dikongsi Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat yang mengesahkan Mohamad Aniq layak secara merit ke Olimpik Paris.
"Mohamad Aniq sah ke Sukan Olimpik 2024 namun persembahan beliau kurang memuaskan memandangkan beliau gagal capai sasaran angkatan jumlah keseluruhan 300kg," katanya ketika dihubungi hari ini.
SUKAN-ANGKAT BERAT (MOHAMAD ANIQ) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Aznil Bidin menamatkan saingan di tempat ke-10 dengan angkatan keseluruhan 284kg.
Wakil China Li Fabin mengungguli acara tersebut dengan angkatan keseluruhan 312kg manakala Park Myongjin dari Korea Utara merangkul perak (301kg) dan atlet Filipina, Ceniza John terpaksa berpuas hati dengan gangsa (300kg).
Untuk rekod, Mohd Hafifi Mansor muncul wakil angkat berat terakhir negara layak ke Sukan Olimpik pada edisi Rio 2016 dalam acara 69kg.
Lima lagi atlet lain yang layak ke Paris 2024 adalah Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan muncul atlet keenam mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan kempen kelayakan terakhir di Phuket, Thailand hari ini. - Gambar fail/Stadium Astro
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Mohamad Aniq atlet Malaysia keenam layak ke Paris 2024
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan muncul atlet keenam mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan kempen kelayakan terakhir di Phuket, Thailand hari ini.
Hidayat kini bergelar pemandu Grab
Muhammad Hidayat mengakui, sebelum penularan pandemik COVID-19, pendapatannya agak konsisten namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan, ia agak terjejas.