SEORANG lagi bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah dilaporkan akan berpindah ke Arab Saudi bagi menyertai senarai pemain ternama antarabangsa yang lebih awal berhijrah.
Sejumah portal berita antarabangsa melaporkan, pemain kelahiran Mesir itu dikhabarkan sudah bersetuju menyertai kelab Al-Ittihad, namun, sehingga kini tiada sebarang perjanjian dicapai antara kelab Liverpool (kelab disertai Mohamed Salah sekarang) dengan Al-Ittihad.
Mohamed Salah yang berusia 31 tahun merupakan salah seorang pemain utama di Liverpool dan pencetak gol terbanyak pasukan untuk enam musim terakhir.
Seandainya laporan yang dibuat Khamis benar, maka beliau sudah tentu tergoda dengan tawaran gaji yang sangat lumayah untuk meninggalkan salah sebuah kelab bola sepak paling terkenal di England.
Sekiranya Mohamed Salah nekad untuk meninggalkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL), maka penghijrahan itu kelak akan memperlihatkan keupayaan signifikan Liga Pro Saudi (SPL) yang kelab-kelabnya berjaya membawa masuk sekumpulan pemain elit dari serata dunia pada musim panas ini termasuk Neymar, Karim Benzema, N'Golo Kante dan Riyad Mahrez.
Empat pasukan bola sepak teratas di Arab Saudi termasuk Al-Ittihad, telah diambil alih oleh Dana Pelaburan Awam negara tersebut sekali gus memberi mereka akses kepada jumlah wang yang besar untuk menarik beberapa pemain terbaik dunia ke Arab Saudi, ketika SPL merancang untuk meningkatkan profilnya dan menjadi salah satu liga terbaik dunia.
Sementara it, portal sukan The Athletic pula melaporkan, Liverpool awal-awal lagi telah menegaskan kepada Al-Ittihad bahawa Mohamed Salah "bukan untuk dijual."
Bahkan, pada awal bulan ini, ejen Mohamed Salah sendiri telah memaklumkan di media sosial bahawa pemain itu tidak akan meninggalkan Liverpool selepas menandatangani kontrak pada musim panas tahun lepas yang bernilai kira-kira 350,000 pound British (RM2 juta) seminggu. - Agensi
Astro Awani
Thu Aug 24 2023
Mohamed Salah dilaporkan akan berpindah ke Arab Saudi bagi menyertai kelab Al-Ittihad. - Foto fail/Stadium Astro
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Klopp terima kenyataan kurang ancaman punca Liverpool tewas
Mohamed Salah kurang menunjukkan prestasi terbaiknya sejak kembali dari kecederaan hamstring.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
Liverpool mahu jual Salah
Liverpool dilaporkan bersedia mendengar tawaran baharu dari pasukan Arab Saudi untuk pemain bintangnya, Mohamed Salah.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
EPL: Salah barakan tiga mata Liverpool di Anfield
Tiga mata diraih anak buah Jurgen Klopp membolehkan The Reds menambah kutipan mata ke angka 67 ketika saingan berbaki sembilan perlawanan.
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Bintang Liverpool Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan Ramadan.
Mo Salah kembali perkuat skuad The Reds
Mohamed Salah akan kembali membuat persiapan menjelang aksi pada Ahad bertemu Manchester City.
Liverpool umum alami kerugian 9 juta pound untuk musim 2022-23
Liverpool mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak 9 juta pound musim lalu.
EPL: Salah kembali dengan gol dalam kemenangan Liverpool ke atas Brentford
Salah kembali daripada masalah hamstring yang dialami semasa bertugas di Mesir di Piala Negara-Negara Afrika.
Al-Ittihad buat rekod dunia RM1.4 bilion untuk beli Salah
Al-Ittihad tidak berputus asa untuk menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah.