KUALA LUMPUR: Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menamatkan era kegemilangannya sebagai pelumba basikal trek selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu merancang untuk bersara selepas beraksi di Paris yang akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.
"Jadi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini merupakan penampilan terakhir saya. Justeru, saya ingin berikan sepenuh perhatian untuk memastikan saya dapat beraksi dengan cemerlang dan sekali lagi mencipta sejarah buat sukan tanah air kita," katanya.
Bekas juara dunia itu berkata demikian dalam klip video ucapannya selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis ASN 2019/2020 yang berlangsung di sini, semalam.
Mohd Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' memohon maaf kerana jadual latihan di Melbourne, Australia menghalangnya untuk menghadiri majlis gilang gemilang itu.
"Untuk pengetahuan semua, saya kini sedang giat menjalani latihan persiapan untuk Sukan Komanwel yang hanya berbaki 128 hari dan Sukan Asia yang berbaki 170 hari lagi," kata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Sukan Komanwel 2022 akan berlangsung di Birmingham, United Kingdom bermula Julai ini dan Sukan Asia di Hangzhou, China dijadual pada September.
Sementara itu, Mohd Azizulhasni menzahirkan terima kasih kepada semua pihak antaranya Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Terengganu atas kejayaan dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan 2019/2020.
Ia merupakan kali keempat beliau dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan selepas turut dinobatkan pemenang anugerah berprestij itu pada 2009, 2010 dan 2017.
Sebagai rekod, pada Ogos tahun lepas Mohd Azizulhasni memberi bayangan mungkin akan bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu merancang untuk bersara selepas beraksi di Paris. - Gambar fail/BERNAMA

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus pada 52 kerusi ditandingi Bersatu
PKR akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU14 termasuk Parlimen Gombak, Tebrau, Ampang, Batu Pahat dan Segamat.
![AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982479/thumbnails/28747953021660397464241_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: -LCS bukan projek halimunan, kapal sedang disiapkan, kata BNS -Selepas ini setiap negeri ada litar lumba drag -Selepas antilompat parti, kini giliran RUU sumbangan politik pula

Agenda AWANI Asia: Integrasi 5G, manfaat untuk semua
Kerajaan menyasarkan 100 peratus liputan akses 5G di seluruh negara menjelang 2025. Apa cabaran terhadap usaha untuk mempercepat pembangunan teknologi itu di negara ini? Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
![[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat [TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982470/thumbnails/28747953001660393926795_640x360.jpg)
[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, pihaknya sudah merakam percakapan pihak terlibat seperti guru, pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan kes buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Perpaduan Nasional | KPN memperluas penubuhan SRN ke seluruh IPT
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan penubuhan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara. Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pusat pengajian seperti universiti akan menjadi antara pusat integrasi dalam mencapai agenda Perpaduan Nasional.

PRU15 | PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus 52 kerusi Bersatu
Pakatan Harapan (PH) setakat ini masih belum membincangkan pembahagian kerusi melibatkan parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tidak wujud unsur gangsterisme dalam kejadian di MRSM Kuantan - PDRM
Ketua Polis Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.

ISN, IJN pantau dan bantu pemulihan Mohd Azizulhasni
Pasukan itu juga akan merangka satu program pemulihan berstruktur yang berdasarkan bukti menggunakan data-data penting.

Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.

Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.

KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.

'Perkongsian Jumaat' oleh The Pocket Rocketman
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang kongsi pengajaran daripada COVID-19 yang perlu diteladani seluruh masyarakat.

Azizulhasni tidak tertekan gagal raih emas acara keirin
Bekas juara dunia itu akur dengan pingat perak yang diraihnya dan menjelaskan perlumbaan pada Jumaat adalah sebagai sebahagian daripada latihan.

Azizulhasni rancang tubuh pasukan berbasikal profesional 'Team Azizul'
Mohd Azizulhasni Awang mengambil langkah awal untuk mengembangkan sukan berbasikal negara dengan menubuhkan pasukan profesional yang diberi nama 'Team Azizul'

Kejohanan Dunia dan Asia misi utama Mohd Azizulhasni
Azizulhasni menjadikan Kejohanan Asia 2019 Januari depan diikuti Kejohanan Dunia 2019 (Februari) sebagai platform menilai prestasinya.

Azizulhasni terganggu laporan akhbar
Pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang hari ini memberikan penjelasan terhadap beberapa kekeliruan berhubung usahanya melayakkan diri menyertai acara keirin dan pecut pada kejohanan Sukan