awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Harrif raih tempat ketiga peringkat kelima Jelajah Thailand

Bernama
Bernama
28/03/2025
22:30 MYT
Mohd Harrif raih tempat ketiga peringkat kelima Jelajah Thailand
Mohd Harrif muncul pelumba terbaik Asia Tenggara bagi peringkat kelima perlumbaan Jelajah Thailand, 28 Mac 2025. - Foto Terengganu Cycling Team
KUALA LUMPUR: Pelumba berpengalaman Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Saleh mencipta sensasi selepas menduduki tempat ketiga peringkat kelima perlumbaan Jelajah Thailand, semalam.
Pada perlumbaan sejauh 136.2 kilometer (km) bermula di Sa Kaew dan berakhir di lokasi sama itu, Mohd Harrif memberikan tentangan sengit kepada pelumba Li Ning Star, Alexander Salby yang meraih kedudukan pertama sementara pelumba China Glory-Mentech Continental Cycling Team, Yevgeniy Gidich di tempat kedua, dengan catatan 2 jam 48 minit 50 saat.
Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pakar pecut kelahiran Terengganu itu muncul pelumba terbaik Asia Tenggara bagi peringkat perlumbaan tersebut.
"Terima kasih kepada pasukan sebab bawa saya ke hadapan. Hari ini perlumbaan agak laju dan semasa penamat pun agak taktikal.
"Mungkin saya lambat sikit buat henjutan ke hadapan tapi Alhamdulillah dapat tempat ketiga," katanya menerusi video dikongsikan TSG semalam.
Seorang lagi pelumba pasukan TSG Wan Abdul Rahman Hamdan turut memperoleh keputusan positif apabila mengakhiri perlumbaan di tempat kelima.
Peringkat keenam yang juga terakhir hari ini menawarkan laluan sejauh 144.4km akan bermula dari daerah Watthana Nakhon dan tamat di Majlis Perbandaran Aranyaprathet.
Jelajah Thailand 2025 membabitkan enam peringkat perlumbaan meliputi laluan keseluruhan sejauh 807.4km.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Thailand
#Mohd Harrif Saleh
#Terengganu Cycling Team
#Wan Abdul Rahman Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan