awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM hormati FAM tak hantar skuad B-23 ke Sukan Asia

Bernama
Bernama
17/02/2023
06:40 MYT
MOM hormati FAM tak hantar skuad B-23 ke Sukan Asia
Mohamad Norza berkata, MOM belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan berkenaan dengan FAM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menghormati keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menghantar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung pada September ini.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagaimanapun berkata pihaknya belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan berkenaan dengan FAM memandangkan senarai pemilihan atlet ke Sukan Asia belum lagi dimuktamadkan.
"Bagi saya setiap persatuan mempunyai perancangan tersendiri untuk medium atau jangka panjang, pasukan mana nak hantar.
"Buat masa ini kita hormat keputusan di peringkat persatuan (FAM)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-204 di sini, hari ini.
Selasa lepas, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan itu dibuat kerana penganjuran Sukan Asia begitu hampir dengan tarikh pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan sama.
Hamidin berkata perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira pandangan Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan Ketua Jurulatih E. Elavarasan bahawa pusingan kelayakan itu lebih penting dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober sementara pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dijangka bermula dari 4 hingga 12 September.
Tiga pasukan terbaik dalam pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 akan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, Mohamad Norza yakin skuad badminton kebangsaan mampu bangkit menentang China pada aksi suku akhir hari ini selepas tumpas 1-4 kepada India dalam aksi terakhir Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Kekalahan semalam menyaksikan pasukan negara terpaksa berpuas hati di tempat kedua Kumpulan B di belakang India.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini meletakkan sasaran kepada skuad kebangsaan layak ke separuh akhir yang menjanjikan slot layak automatik ke Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China, dari 14 hingga 21 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#FAM
#skuad B23
#Sukan Asia
#Mohamad Norza Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan