PETALING JAYA: Pemain kelahiran Colombia Romale Morales tiba di Malaysia enam tahun lepas dengan pelbagai impian, namun menyarung jersi Malaysia tiada dalam jangkaan pemuda berusia 26 tahun itu.
Penyerang naturalisasi baharu skuad Harimau Malaya tersebut merupakan antara 26 pemain disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Kim Pan Gon untuk menghadapi Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.
Menurut pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu, beliau bersyukur dipanggil Pan Gon dan bertekad untuk membantu pasukan kebangsaan memperoleh keputusan yang baik di Doha.
"Saya sangat teruja dengan peluang ini, ini adalah cabaran baharu dalam kerjaya saya, enam tahun lepas saya tiba di Malaysia dengan pelbagai impian tetapi saya tidak pernah menjangkakan sesuatu seperti ini, ia sesuatu yang hebat dan saya bersyukur untuk peluang ini.
"Saya hanya mahu memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan dan terus memberi aksi terbaik," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Morales berkata Malaysia ialah sebuah negara yang istimewa untuknya dan beliau tidak teragak-agak untuk menerima panggilan menyertai skuad Harimau Malaya.
"Saya rasa saya adalah sebahagian daripada negara ini kerana saya telah melalui banyak pengalaman di sini...negara ini istimewa buat kami, apabila saya mendapat peluang ini saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya," katanya.
Morales memulakan kariernya di Malaysia bersama PKNS FC dalam saingan Liga Super 2018 sebelum menjulang Piala Malaysia 2021 dan muncul naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 bersama KL City.
Sementara itu, penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman berterima kasih kepada Pan Gon kerana masih menagih khidmatnya dan berazam menimba seberapa banyak pengalaman di Doha.
Pemain Negeri Sembilan FC itu yang merupakan pemain muda dalam pasukan berkata tiada tekanan baginya memandangkan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed merupakan pilihan utama untuk mengawal gawang negara di Doha.
"Ini peluang terbaik untuk dapatkan pengalaman, saya perlu bersedia jika ada apa-apa berlaku dan jika dapat peluang akan bagi terbaik. Bagi saya Syihan penjaga gol nombor satu, jadi tiada apa-apa tekanan sebagai penjaga gol simpanan...ini pengalaman berharga untuk saya," kata pemain berusia 21 tahun itu.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia akan memulakan saingan Kumpulan E di Doha menentang Jordan pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan membuat perhitungan menentang juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Romale Morales bersyukur dipanggil Pan Gon dan bertekad untuk membantu pasukan kebangsaan memperoleh keputusan yang baik di Doha. - Gambar fail
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Morales tak pernah 'mimpi' wakil Malaysia
Romale Morales bersyukur dipanggil Pan Gon dan bertekad untuk membantu pasukan kebangsaan memperoleh keputusan yang baik di Doha.