JUARA dunia Jorge Lorenzo mempamerkan aksi mantap untuk merangkul petak utama perlumbaan sulung MotoGP Qatar 2016 di Doha.

Jorge Lorenzo membuktikan mengapa Movistar Yamaha begitu berhasrat untuk mengikatnya dengan kontrak baru selepas dia mengungguli sesi kelayakan MotoGP Qatar di hadapan penunggang Repsol Honda, Marc Marquez.

Lorenzo memberikan tunggangan bertenaga pada awal sesi kelayakan pertama 2016 dan menyaksikan satu per satu penunggang gagal mengatasi catatan 1 minit 54.543 saat yang dilakukannya.

"Saya gembira memulakan kejuaraan dengan cara ini," kata Lorenzo.

"Saya berdepan kesukaran dengan tayar kedua. Ia tidak memberi saya keyakinan, cengkaman yang sama dan saya sukar mengendalikan tayar belakang.

"Mujur dengan tayar pertama saya berjaya meraih petak utama dan saya sangat gembira."

Maverick Vinales, Andrea Iannone dan Valentino Rossi yang baru memperbaharui kontraknya di kelompok lima pelumba hadapan, dengan rakan sepasukan Marquez, Dani Pedrosa di tempat ketujuh.

Pelumba Pramac Ducati, Danilo Petrucci pula tidak akan turun berlumba selepas mengalami kecederaan tangan.