awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Hafizh Syahrin masih bergelut dengan kecederaan

Astro Arena
Astro Arena
12/10/2020
23:27 MYT
MotoGP: Hafizh Syahrin masih bergelut dengan kecederaan
HAFIZH SYAHRIN: Adakalanya, mungkin badan saya memerlukan sedikit masa untuk pulih tetapi nak buat macam mana, perlumbaan sentiasa ada. - Foto Astro ARENA
MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa ketika pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, meraih tempat ke-15 dalam Grand Prix Perancis di Litar Le Mans pada Ahad, dia masih belum pulih 100 peratus daripada kecederaannya dan tetap berasa kesakitan di kedua-dua kakinya.
Hafizh Syahrin mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan GP Austria di Litar Red Bull Ring, Ogos lalu di mana jenteranya berkecai dalam insiden berkenaan.
Dalam perkongsiannya bersama Nadi Arena semalam, El Pescao turut memaklumkan bahawa dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya dalam arena MotoGP kerana hanya mahu fokus kepada lima baki perlumbaan musim ini.
"Saya masih belum membuat sebarang perancangan mengenai masa depan saya.
"Sama ada saya akan berehat atau meneruskannya (musim depan), saya masih belum tahu.
"Perlumbaan berturut-turut ini memerlukan tenaga di badan, jadi saya menggunakan sedaya-upaya saya.
"Adakalanya, mungkin badan saya memerlukan sedikit masa untuk pulih tetapi nak buat macam mana, perlumbaan sentiasa ada.
"Apapun, saya mencuba yang terbaik dan harap-harap dalam lima baki perlumbaan ini kecederaan saya akan kembali pulih," katanya.
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin Abdullah
#pelumba
#kemalangan
#cedera
#litar
#GP Perancis
#Grand Prix
#Litar Le Mans
#Moto2
#Pulih
#GP Austria
#el pescao
#perlumbaan berturut-turut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan