awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk

Astro Arena
Astro Arena
11/03/2020
02:47 MYT
Mourinho berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk
Jose Mourinho ketika perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah antara RB Leipzig dan Tottenham Hotspur di Arena Red Bull, Leipzig, Jerman, 10 Mac, 2020. REUTERS
PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho, berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk dalam karier pengurusannya selepas pasukannya tewas 0-3 kepada RB Leipzig dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Arena Red Bull awal pagi tadi.
Dua gol daripada Marcel Sabitzer, dibantu dengan kesilapan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris, Leipzig jelas pasukan yang lebih baik dalam penentuan ke suku akhir itu.
Emil Forsberg menutup sisa perjuangan Spurs dengan gol pada lewat permainan untuk membawa pasukannya mara ke peringkat berikutnya dengan kelebihan agregat 4-0 manakala Tottenham meneruskan rekod tanpa kemenangan dalam kesemua kejohanan kepada enam perlawanan.
Ia merupakan kemarau kemenangan paling panjang dalam karier Mourinho, yang sudah mencecah 935 perlawanan.
Ia bermula dengan kekalahan 0-1 kepada Leipzig dalam perlawanan pertama, diikuti kekalahan kepada Chelsea dan Wolves dalam Liga Perdana, tewas dalam penentuan penalti Piala FA kepada Norwich City dan terikat 1-1 dengan Burnley.
Spurs berpeluang untuk menamatkan rekod buruk itu apabila mereka menantikan kunjungan bekas pasukan Mourinho, Manchester United, hujung minggu ini.
6 - José Mourinho is winless in six matches in all competitions (D2 L4) the longest winless run of his entire managerial career, with tonight being his 935th match. Spiral. pic.twitter.com/Jh4AmBNhqb
— OptaJoe (@OptaJoe) March 10, 2020
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Emil Forsberg
#Hugo Lloris
#Jose Mourinho
#kemenangan paling panjang
#Liga Juara-Juara Eropah
#Manchester United
#Marcel Sabitzer
#pengurus
#Piala FA
#RB Leipzig
#rekod tanpa kemenangan
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan