LEICESTER CITY 2 MANCHESTER UNITED 2
Pengurus, Jose Mourinho, melabel tahap persembahan Manchester United 'kebudak-budakan' selepas mereka seri 2-2 dengan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi .
Harry Maguire menjaringkan gol penyamaan masa kecederaan yang dramatik untuk menjejaskan usaha United memburu trofi kejuaraan, menjadikan mereka kini tercicir 13 mata dengan pendahulu, Manchester City - jurang mata terbesar dalam sejarah antara pasukan di tangga pertama dan kedua.
Mourinho berasakan aksi di Stadium King Power itu adalah "mudah" untuk dimenangi dan berpesan mengenainya kepada pemainnya pada rehat separuh masa, ketika keputusan terikat 1-1.
Gol kedua United oleh Juan Mata dipadamkan ketika Chris Smalling sedang bergelut dengan kecederaan pada penghujung permainan.
"Kami telah dihukum oleh kesilapan kami. Apa lagi yang boleh saya katakan?" Mourinho memberitahu Sky Sports.
"Kami mudah kehilangan bola seperti kebudak-budakan, begitu mudah dan kemudian dihukum.
"Ini kerana kami tidak menunjukkan kematangan, ketika Smalling dilanda masalah.
"Dia keluar daripada permainan dan mereka meletakkan Maguire di atas sebagai pemain tambahan.
"Pemain di padang tidak bertindak balas terhadapnya, tidak menganalisis permainan dan segera membuat penyelarasan.
"Jadi, saya fikir kami bersikap kebudak-budakan di dalam kawasan penalti mereka dan kami.
"Kami dihukum kehilangan dua mata dalam perlawanan mudah untuk menang."
United kelihatan sangat terdedah kepada permainan apabila Jamie Vardy menyudahkan umpanan Riyad Mahrez.
"Pemain tengah tidak mengawal ruang, (Phil) Jones terpaksa meluru ke kawasan bukan miliknya dan kemudian bergolek di tepi dan sukar untuk mengekangnya," tambah pengurus Portugis itu.
"Bagaimanapun, kami bermain dengan baik dan mengekalkan kepantasan dan menyamakan kedudukan sebelum separuh masa dan pada babak kedua, seperti yang kita ketahui, hasilnya harus empat, lima atau enam gol, namun realitinya adalah 2-2.
"Kadang-kadang, anda membuat kesilapan dan anda tidak dihukum dengannya, tetapi kali ini kami dihukum."
Astro Arena
Sun Dec 24 2017

Pemain Leicester City, Christian Fuchs dan pemain Manchester United, Juan Mata sedang beraksi ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester, Britain. 23 Dis, 2017. REUTERS

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

Isu LCS | Wanita BN kena faham, cubaan hasut rakyat - Najib
Datuk Seri Najib Razak menyeru agar wanita Barisan Nasional (BN) memahami isu-isu terkini termasuk berhubung perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa cuba dimainkan untuk menghasut rakyat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak pembangkang mahu menjadikan lcs sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam masa sama, Najib sekali lagi mendakwa Pakatan Harapan menjadi punca kepada kelewatan menyiapkan kapal tempur tersebut.

Konvensyen Wanita BN | Wanita BN tonggak parti, ibarat Arteri Aorta
Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan wanita BN boleh diibaratkan sebagai Arteri Aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia. Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN, bekas Perdana Menteri itu menambah barisan wanita juga paling setia dalam perjuangan parti.

Bantuan Lemas | Bomba peti keselamatan di 50 lokasi panas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 50 lokasi 'hot spot' berlakunya kejadian lemas untuk diletakkan Life Saving Appliances (LISA) di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lisa adalah satu inovasi yang dipasang di lokasi-lokasi hot spot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya kejadian lemas melebihi lima mangsa di tempat yang sama dalam tempoh tiga tahun.
![[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional [TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982547/thumbnails/37622980911660456903211_640x360.jpg)
[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional
Ikuti Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional dan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
![[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah [TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982548/thumbnails/37622981191660457355727_640x360.jpg)
[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan menerima rasuah RM10,000 dari sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2015.

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Kes SRC: Esok hari penting buat saya - Najib Razak
Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti.

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gabriel Jesus menjadi-jadi di Arsenal
Jesus muncul pemain pertama yang merekodkan lebih satu gol dalam penampilan sulungnya untuk The Gunners dalam kempen liga.

Manchester United perlu 'cermin' diri sendiri selepas huni tangga tercorot EPL
Ten Hag menjadi pengurus United pertama yang tewas kedua-dua perlawanan sulungnya sejak John Chapman pada 1921.

Brighton kembali beri mimpi buruk kepada Man United
Persembahan United jauh daripada apa yang telah dipamerkan sebelum ini.

Jurgen Klopp tetap tidak puas hati jadual Piala Dunia Qatar
Klopp menyindir penganjuran Piala Dunia di pertengahan musim yang makin hampir.

EPL: Arsenal buka kempen dengan mata penuh
Arsenal memulakan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/23 dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Crystal Palace.

Pemain Manchester United paling banyak jadi mangsa buli siber
Kajian Ofcom menjelang musim baharu mendapati tujuh daripada 10 pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi mangsa buli di Twitter.

Kane luangkan lebih masa bersama saya berbanding isterinya - Son Heung Min
Son Heung-mun mengakui Harry Kane meluangkan lebih banyak masa bersamanya berbanding isterinya.

Lingard sertai Nottingham Forest
Lingard bergelut untuk mencipta impak di Old Trafford musim lalu, bermula hanya dua kali dalam EPL sepanjang kempen 2021-22.

Azam musim baru Maguire: Manchester United kembali julang trofi
Maguire bergelut untuk menjelmakan semula prestasi mengagumkannya bersama England sejak tiba daripada Leicester City pada 2019.

Tuchel dedah Chelsea cadang polisi baru pembelian pemain
N'Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek terlepas jelajah The Blues di AS berikutan tidak divaksinasi.