awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho tunai janji hadiahkan pemain muda kasut mahal

Astro Arena
Astro Arena
23/11/2021
04:35 MYT
Mourinho tunai janji hadiahkan pemain muda kasut mahal
Reaksi Felix Afena-Gyan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Serie A antara Roma dan Genoa di Stadium Luigi Ferraris, Genoa, 21 Nov, 2021. (Foto AP)
JOSE Mourinho menepati janjinya untuk membelikan Felix Afena-Gyan sepasang kasut bernilai €800 (RM3,768) selepas membantu kemenangan Roma semalam.
Pemain berusia 18 tahun dari Ghana itu menjaringkan dua gol dari bangku simpanan untuk membawa Roma meraih kejayaan 2-0 ke atas Genoa dalam pertembungan Serie A bagi menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan mereka dalam semua pertandingan.
Dia muncul pemain pertama yang dilahirkan sejak 1 Januari 2003 untuk meledak gol dalam liga utama Itali dan pemain asing ketiga termuda yang menyumbat sekurang-kurangnya dua gol dalam satu perlawanan Serie A.
Afena-Gyan meraikan gol pertamanya yang terhasil selepas hantaran Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-82 itu apabila meraikannya dengan meluru ke arah Mourinho.
"Saya berjanji untuk menghadiahkannya sepasang kasut yang sangat mahal dan dia berlari ke arah saya untuk memastikan saya tidak lupa,” kata Mourinho kepada penyiar DAZN.
"Saya sangat sukakan ketenangan, fizikalnya tetapi yang paling utama ialah sikap merendah dirinya."
View this post on Instagram
A post shared by Felix Afena Ohene Gyan (@ohenegyanfelix9)
Malam tadi, Afena-Gyan berkongsi sebuah rakaman di Instagram peribadinya apabila membuka kotak kasut baharu itu di hadapan Mourinho. Dia memuat naik rakaman berkenaan dengan kapsyen: "Terima kasih selama-lamanya tuan. Saya akan membuatkan anda bangga."
Bercakap kepada laman sesawang rasmi Roma selepas perlawanan, Afena-Gyan mengulas mengenai Mourinho: "Dia banyak mengajar saya dan saya banyak belajar daripadanya.
"Dia telah mengecapi banyak kejayaan sepanjang kariernya dan dia seorang yang hebat. Saya gembira dapat bekerjasama dengannya.
"Setiap hari dia menggalakkan saya supaya melakukan segala-gala yang mampu demi membantu meningkatkan prestasi saya pada masa hadapan. Jadi saya gembira dapat bekerjasama dengan Jose Mourinho. Saya berterima kasih kepadanya, sangat-sangat. Dia seorang yang hebat. "
Topic Berkaitan
#Mourinho tunai janji
#kasut mahal
#Jose Mourinho
#Felix Afena-Gyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan