Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran awal 93 pingat emas mampu dicapai kontinjen negara pada edisi ke-30 Sukan SEA 2019 di Filipina.
Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin memaklumkan sasaran berkenaan dibuat berdasarkan statistik kutipan pingat yang berjaya diraih atlet negara dalam beberapa edisi Sukan SEA terdahulu termasuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang melabuhkan tirainya, Ogos lepas.
"Kita memang membuat sasaran awal sejak Program Kita Juara dimulakan pada 2015 supaya kita dapat mengetahui objektif program latihan yang dirangka oleh persatuan sukan kebangsaan.
"Proses yang sama akan kita buat untuk Sukan SEA 2019 dengan mengandaikan di antara 93-96 pingat emas boleh dimenangi atlet kita berdasarkan jangkaan awal sukan-sukan yang akan dipertandingkan nanti dan meletakkan kita di kelompok tiga negara terbaik pada 2019," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat Program Penyediaan Atlet ke arah Temasya Sukan SEA 2019 kepada beberapa wakil persatuan sukan kebangsaan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Jefri mendedahkan seramai 300 orang termasuk 210 atlet yang telah dipilih pada November lepas, bakal melalui tiga fasa pemilihan untuk mewakili negara ke Sukan SEA 2019.
Fasa pertama bermula dari Februari hingga Disember 2018, disusuli fasa kedua dari Januari hingga Jun 2019 sebelum senarai akhir atlet diumumkan setelah berakhirnya fasa ketiga dari Julai hingga November 2019, jelasnya.
Jefri memaklumkan pemilihan atlet ke Sukan SEA dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan seperti merupakan pemenang pingat emas dan perak KL 2017, menduduki kelompok lima tempat terbaik pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2014, menduduki ranking keenam Asia dan ranking ke-10 dunia.
Malaysia meraih 145 pingat emas pada KL 2017, Ogos lepas yang merupakan pencapaian terbaik sejak penyertaan pada edisi sulung Sukan SEA yang dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada 1959 di Bangkok, Thailand. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 20 2017
Pemilihan atlet ke Sukan SEA dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan, antaranya pemenang pingat emas dan perak KL 2017. - Astro AWANI
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.