KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu bermula 23 hingga 30 Sept ini, berjalan lancar.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya juga sudah mendapatkan pengesahan daripada 22 pasukan, termasuk dua pasukan World Tour untuk perlumbaan berstatus siri profesional (Pro Series) itu.
"Kita berharap pengumuman ini dapat meleraikan sebarang keraguan mengenai status LTdL kali ini, yang pernah dibangkitkan ekoran sambutan kurang memberangsangkan daripada barisan penaja perlumbaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Difahamkan, kerajaan negeri dan syarikat konglomerat antara yang bakal diumumkan dalam masa terdekat sebagai penaja edisi ke-27 LTdL, selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberikan peruntukan sebanyak RM8 juta.
Penganjuran LTdL 2023 sebelum ini, terpalit dengan kemelut apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan perlumbaan itu daripada kalendarnya susulan isu hutang penganjur terdahulu, namun ia berjaya diselesaikan dan kembali disenaraikan dalam kalendar dunia.
Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata kini semua persiapan berjalan lancar, terutama dalam memastikan syarat-syarat ditetapkan oleh UCI seperti penyediaan kemudahan logistik, pengangkutan dan penginapan kepada pasukan dipenuhi.
"MSN dalam proses akhir memuktamadkan perjanjian dengan badan penyiar antarabangsa serta tempatan bagi memastikan LTdL kali ini, disiarkan secara langsung di minimum 10 negara seperti ditetapkan oleh UCI. Kita juga akan mengadakan beberapa acara sampingan termasuk penanaman 2,023 pokok sepanjang laluan perlumbaan.
"MSN beri komitmen untuk memastikan isu dan masalah yang pernah timbul akan ditangani sebaik mungkin, contohnya tempahan tiket penerbangan secara terus untuk setiap pasukan dan pembayaran yuran penampilan dilunaskan secepat mungkin," katanya.
Menurutnya, walaupun UCI menetapkan syarat, minimum tiga pasukan World Tour bagi perlumbaan status Pro Series, badan dunia itu akan membuat penilaian berdasarkan purata tiga tahun, jadi pihaknya akan mendapatkan lebih banyak pasukan World Tour pada edisi akan datang supaya LTdL tidak hilang status sebagai antara perlumbaan berprestij dunia.
Pasukan terkemuka Astana Qazaqstan dan E-F Education Easypost dari Amerika Syarikat, yang diketuai dua pelumba utamanya - Simon Carr dan Jefferson Cepeda Oritz, merupakan dua pasukan World Tour kali ini.
Dua pasukan berkenaan dijangka menerima tentangan sengit daripada lapan pasukan berstatus UCI Pro dan 11 pasukan benua, termasuk Terengganu Cycling Team (TSG), manakala pasukan kebangsaan Malaysia turut memeriahkan cabaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail bercakap pada sidang media mengenai Le Tour De Langkawi Malaysia 2023 di MSN hari ini. - Foto BERNAMA
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.