MAJLIS Sukan Negara (MSN) mengambil keputusan berani menolak permohonan Syakilla Salni Jefry Krisnan berlatih di Latvia, malah memberi tempoh hingga September depan untuk jaguh karate-do itu menurunkan berat badannya hingga 55 kilogram untuk memburu mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini keputusan paling tegas MSN membabitkan permintaan atlet yang dianggap berstatus bintang.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menegaskan pihaknya tidak boleh tunduk dengan permintaan Syakilla untuk ke Latvia kerana berat badannya kini melebihi 60kg.
Jadi, buat masa ini, Syakilla perlu berlatih di Malaysia walaupun enggan menyertai kem latihan kebangsaan.
"Kami meletakkan sasaran hingga saingan kelayakan Sukan Olimpik di Tokyo, September ini, Syakilla perlu memastikan berat badannya kembali ke 55kg," katanya.
"Ini merupakan satu cabaran buat Syakilla. Buat masa ini, kami masih lagi mendapatkan pelan latihan yang terbaik buat Syakilla."
Bekas atlet karate ranking pertama dunia kumite 55kg itu sudah terlepas banyak kejohanan sejak mengalami masalah berat badan sejak tahun lalu sebelum menyuarakan beberapa permintaan dan terbaru, untuk berlatih di Latvia.
Jika gagal menurunkan berat badan September ini, Syakilla perlu akur dengan apa jua keputusan MSN.
"Jurulatih berbeza memiliki cara yang berbeza, saya telah lama berlatih bersama (Andris) Vasiljevs manakala saya hanya baru sahaja berlatih bersama jurulatih skuad kebangsaan, Ali Reza Souleymani, dalam beberapa minggu sahaja," kata Syakilla.
Sementara itu, bekas pengendali negara, Vasiljevs, yang sudah berada di Kuala Lumpur sejak minggu lalu, masih berharap dapat membawa Syakilla ke Latvia.
Dia mendakwa sudah mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Olimpik Latvia untuk menyenaraikan pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 itu dalam program khas negara terbabit.
"Jalan terbaik dalam situasi ini memerlukan masa untuk memastikan Syakilla kembali berlatih di Latvia. Kami masih lagi berusaha dan bakal meneruskan perancangan yang telah ditetapkan di sini terlebih dahulu dan Syakilla memberikan respons yang positif dan kami akan melihat perkembangannya," kata Vasiljevs.
Astro Arena
Fri May 24 2019
Jika gagal menurunkan berat badan September ini, Syakilla perlu akur dengan apa jua keputusan MSN. - Gambar fail/BERNAMA
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.