KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan saingan acara 100 meter (m) di tempat keenam pada Kejohanan East Coast Relays di Jacksonville, Florida, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Menurut laman sesawang kejohanan, https://results.adkinstrak.com/meets/23782, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.14 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di University of North Florida.
Catatan itu sekali gus memperbaiki rekod perlumbaan 100m pertamanya di bumi 'Uncle Sam' ketika menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) Relays yang hanya mencatatkan 10.32s pada Mac lepas.
Anak kelahiran Perak berusia 19 tahun itu juga boleh tersenyum lebar apabila berjaya menewaskan pemenang pingat emas Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown dari Jepun yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.
Muhammad Azeem menerusi laman Twitternya berkata: "10.14s and we back to work! (10.14s dan kita kembali bekerja!) Alhamdullilah".
Beliau merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan iaitu 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lepas.
Kejohanan East Coast Relays itu dimenangi oleh Cejhae Greene mewakili Puma dengan 10.01s, diikuti wakil Tumbleweed Track Club, Xie Zhenye (10.06s) dan Dominique Alexander dari Universiti Campell di tempat ketiga (10.11s).
Yan Haibin dari Tumbleweed Track Club di tempat keempat dengan 10.11s dan wakil Virginia Tech Cole Beck di kedudukan kelima (10.14s).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
Catatan Muhammad Azeem sekali gus memperbaiki rekod perlumbaan 100m pertamanya di bumi 'Uncle Sam' ketika menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) Relays yang hanya mencatatkan 10.32s pada Mac lepas. - Fail/Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.
KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.
Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.
Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.
Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Muhammad Azeem layak ke pusingan pertama 100m dengan bergaya
Muhammad Azeem Mohd Fahmi menepati ramalan layak ke pusingan pertama acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023.