KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan saingan musim dalam dewan di tempat keempat pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC, semalam.
Pada aksi final di Trek Tertutup Tyson di Fayetteville, Amerika Syarikat itu menyaksikan penuntut tahun pertama Universiti Auburn itu merekodkan catatan 6.70 saat (s), manakala rakan sepasukannya, Favor Ashe yang merekodkan 6.52s menjuarai saingan tersebut.
Sementara, Jordan Anthony dari Kentucky (6.57s) dan Godson Oghenerbrume dari Louisiana (6.64s), masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Catatan itu menyaksikan Muhammad Azeem tidak berjaya meneruskan rentak cemerlang memperbaharui rekod 60m dalam dewan buat kali ketiga berturut-turut, selepas atlet kelahiran Ipoh, Perak itu memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 6.63s pada Kejohanan Terbuka Texas Tech Multi di Texas, hujung bulan lepas.
Catatan berkenaan membolehkan dia mengatasi rekod yang disandang Watson Nyambek selama 24 tahun, iaitu 6.66s yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.
Pelari pecut berusia 18 tahun itu kemudian terus cemerlang apabila memperbaiki catatan berkenaan dengan merekodkan 6.62s ketika menamatkan saingan di tempat kelima pada aksi final acara 60m di Kejohanan Tiger Paw Invitational di University Clemson di South Carolina pada 11 Feb lepas.
Muhammad Azeem akan meneruskan saingan di Amerika Syarikat dengan menyertai Kejohanan Trek dan Padang yang akan membuka tirai Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Catatan 6.70s pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC menyaksikan Muhammad Azeem tidak berjaya meneruskan rentak cemerlang memperbaharui rekod 60m dalam dewan buat kali ketiga berturut-turut. - Foto Twitter AuburnTFXC
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.
Muhammad Azeem tamatkan aksi NCAA di tempat ke-11
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.