awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Razie, rakan optimis bantu skuad hoki raih Pingat emas pertama

Bernama
Bernama
10/07/2013
09:58 MYT
Muhammad Razie, rakan optimis bantu skuad hoki raih Pingat emas pertama
Tiga pemain utama skuad hoki negara optimis mampu membantu pasukan dalam misi memburu pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Univerisiti Dunia (Universiade) ke-27.
Kapten pasukan Muhammad Razie Abdul Rahim berkata perlawanan pertama menentang pasukan tuan rumah Rusia, yang berlangsung pada hari pertama puasa, akan memberi cabaran hebat kepada skuad negara.
Muhammad Razie akan dibantu Mohammad Sukri Abdul Mutalib dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.
"Kedatangan kami bertiga di sini untuk membantu skuad hoki negara di Universiade, dengan pengalaman yang ada, kami akan buat yang terbaik dan akan cuba bantu pasukan meraih pingat emas pertama buat negara," katanya kepada pemberita sejurus tiba di sini hari ini.
Ketiga-tiga pemain kebangsaan itu tidak dapat beraksi pada perlawanan pertama menentang Poland kerana terpaksa bermain pada Kejohanan Hoki Liga Dunia peringkat separuh akhir di Johor Baharu minggu lepas.
"Rasa penat memang ada, tetapi kita ada tanggungjawab di sini dan perlu fokus pada hari perlawanan. Sebelum ini, kami ada pengalaman beraksi dalam bulan Ramadan, jika boleh bertahan, kami akan bertahan," katanya.
Skuad hoki universiti meraih kemenangan besar apabila menewaskan Poland 7-1 pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Ahad lepas, dan dijadual menentang Rusia Rabu.
Turut tersenarai dalam kumpulan A ialah Itali dan Afrika Selatan.
Topic Berkaitan
#hoki
#Sukan Univerisiti Dunia
#universiade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan