awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mun Yee-Jun Hoong raih gangsa pada pusingan akhir Kejohanan Terjun Siri Dunia

Bernama
Bernama
30/05/2015
02:34 MYT
Mun Yee-Jun Hoong raih gangsa pada pusingan akhir Kejohanan Terjun Siri Dunia
Cheong Jun Hoong (gambar) yang berpasangan dengan Leong Mun Yee berjaya meraih pingat gangsa pada siri akhir Kejohanan Terjun Dunia FINA 2015. - Gambar Fail
Pasangan terjun wanita negara, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong berjaya meraih pingat gangsa pada siri akhir Kejohanan Terjun Dunia FINA 2015 di Merida, Mexico pada Jumaat.
Pertandingan ini merupakan pusingan keenam dan peringkat akhir dalam siri kejohanan dunia ini.
Laman web rasmi www.fina.org berkata pasangan penerjun Malaysia itu memenangi pingat selepas mengumpul 312,90 mata dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari pertama kejohanan.
Pasangan China Si Yajie-Lian Jie merangkul pingat emas dengan 333.72 mata manakala pasangan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion meraih perak dengan 328,41 mata.
Pada siri awal tahun ini, pasangan Malaysia itu meraih dua pingat perak di Beijing, China (13-15 Mac) dan London, England (1-3 Mei) dan gangsa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (19-21 Mac).
Mereka tidak memenangi sebarang pingat di Kazan, Rusia (24-26 April) dan Windsor, Kanada (22-24 Mei).
Setelah bersaing dalam enam siri, Malaysia berada pada kedudukan ketiga dalam acara 10m platform seirama wanita selepas mengumpul 120 mata manakala China dan Kanada masing-masing mengumpul l62 dan 132 mata.
Topic Berkaitan
#Cheong Jun Hoong
#FINA
#Lee Mun Yee
#Mexico
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan