awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muncul juara All England, Chong Wei beri isyarat tidak akan bersara sehingga 2018

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2017
14:45 MYT
Muncul juara All England, Chong Wei beri isyarat tidak akan bersara sehingga 2018
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan pilihan ke-10 dari China, Shi Yuqi dalam aksi final All England. - Gambar AP Photo/Rui Vieira
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan pilihan ke-10 dari China, Shi Yuqi dalam aksi final Siri Super Premier All England, sebentar tadi.
Chong Wei mengalahkan Shi Yuqi dengan 21-12, 21- 10 dalam aksi yang memakan masa hampir 50 minit.
Kemenangan di Barclaycard Arena, Birmingham hari ini merupakan gelaran keempat All England Chong Wei selepas memenanginya pada 2010, 2011 dan 2014.
BACA: Peng Soon-Liu Ying naib juara All England
"All England ini ialah kejohanan kegemaran saya. Kemenangan ini saya tujukan kepada penyokong saya," kata pemain No.1 dunia ketika ditemui sejurus selepas perlawanan berakhir.
Chong Wei turut memberi jaminan akan beraksi dalam All England di Glasgow, Scotland pada 2018.
"Ya, jumpa anda di sana," jawab beliau ringkas.
Chong Wei sebelum ini tidak berdepan masalah menewaskan pemain bukan pilihan dari Taiwan, Chou Tien Chen 10-21, 21-12, 21-9.
Shi Yuqi pernah kalah dua kali dengan Chong Wei pada Terbuka Kanada 2015 dan Terbuka Jepun 2016.
Shi Yuqi mengalahkan pemain pilihan keenam Lin Dan 24-22, 21-11 dalam separuh akhir sebelum ini.
Topic Berkaitan
#all england
#Chong Wei
#Shi Yuqi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan