awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadal juarai Terbuka Mexico

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2022
23:20 MYT
Nadal juarai Terbuka Mexico
Nadal menjuarai Terbuka Mexico selepas menewaskan pemain Great Britain, Cameron Norrie pada Ahad. - Foto REUTERS
BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal meneruskan momentum positif apabila menambah lagi koleksi kejuaraan tahun ini setelah menjuarai Terbuka Mexico selepas menewaskan pemain Great Britain, Cameron Norrie pada Ahad.
Tampil dengan status pemain pilihan keempat, Nadal tidak berdepan masalah.
Menang 6-4, 6-4 ke atas bintang tenis berusia 26 tahun yang juga pemain ke-12 dunia serta pilihan keenam dalam masa 54 minit dalam kejuaraan bertaraf 500 ATP tersebut.
Untuk rekod ini merupakan kejuaraan keempat Nadal dalam kejuaraan di Acapulco tersebut, selepas mencipta sensasi menjinakkan pemain nombor satu dunia yang baharu dari Rusia, Daniil Medvedev.
Kejayaan di Terbuka Mexico itu sekali gus mengekalkan momentum positif pemain berusia 35 tahun selepas unggul dalam Terbuka Australia dan Set Musim Panas Melbourne sebelum ini seterusnya melonjak ke kedudukan ranking keempat dunia.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafael Nadal
#Cameron Norrie
#Terbuka Mexico
#Daniil Medvedev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan