JUARA Terbuka Australia, Rafael Nadal menewaskan pemain nombor satu dunia baharu Daniil Medvedev 6-3, 6-3 dalam perlawanan ulangan kejuaraan Melbourne tersebut untuk mara ke final Terbuka Mexico di Acapulco pada Sabtu.
Nadal yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua set dalam pertemuan di Melbourne Park pada Januari lalu sebelum ini untuk merangkul rekod kejuaraan Grand Slam ke-21 lelaki, namun pemain Sepanyol itu memulakan permainan dengan pantas di Mexico.
Kemenangan pemain nombor lima dunia itu membolehkannya berdepan pemain nombor satu Britain, Cameron Norrie yang juga pilihan keenam pada perlawanan akhir yang sebelum itu menewaskan pemain nombor empat dunia Stefanos Tsitsipas 6-4, 6-4 dalam masa sejam 18 minit.
“Sejujurnya sangat sukar apabila Daniil bermain dengan sangat agresif pada set kedua, namun tuah menyebelahi saya untuk memenangi set itu kerana dia mempunyai begitu banyak peluang.
"Sungguh menakjubkan untuk menang menentang pemain nombor satu dunia seterusnya mara ke pentas final.
“Norrie pula banyak meningkat tahun ini. Kami berada di final kejohanan di Acapulco, jadi anda tidak boleh mengharapkan lawan yang mudah.
"Ia akan menjadi satu cabaran, namun saya teruja untuk berdepan dia,” ujar Nadal.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 26 2022

Nadal menewaskan Medvedev 6-3, 6-3 dalam perlawanan ulangan kejuaraan Melbourne untuk mara ke final Terbuka Mexico di Acapulco pada Sabtu. -Gambar fail/Reuters

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun
36 peratus daripada lebih sejuta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar mendapat manfaat dari jaminan kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sejak 50 tahun lalu.

Liek Hou rampas semula ranking no. 1 dunia
Liek Hou kini menyasarkan untuk merampas kembali mahkota Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, November ini.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.

AWANI Ringkas: Isu ketirisan minyak masak subsidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Banjir Baling: Jasad 3 sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Tenis Wimbledon: Nadal mula muak cakap soal kecederaan kakinya
Pemain Sepanyol itu berkata kekurangan aksinya di atas rumput sentiasa membuatkannya bergelut di gelanggang rumput.

Nadal harap dapat beraksi di Wimbledon 2022
Rafael Nadal menerusi akaun media sosialnya menyampaikan hasrat untuk beraksi di Wimbledon 2022.

Terbuka Perancis: Nadal tewaskan Ruud untuk rangkul kejuaraan ke-14
Kemenangan itu juga membantu pemain Sepanyol itu memperbaiki rekod di Roland Garros kepada 112 kemenangan dan hanya tiga kekalahan.

Tenis Terbuka Perancis: Ruud terus cipta sejarah tewaskan Cilic untuk ke final
Casper Ruud bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Marin Cilic dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis.

Terbuka Perancis: Kecederaan paksa Zverev tarik diri, Nadal mara ke final
Rafael Nadal mara ke final Terbuka Perancis buat kali ke-14 pada Jumaat selepas pilihan ketiga Alexander Zverev terpaksa tarik diri akibat kecederaan buku lali.

Terbuka Perancis: Nadal tewaskan Djokovic untuk ke separuh akhir kali ke-15
Juara 13 kali itu mematahkan servis lawan sebanyak dua kali untuk mendahului 4-2 dalam set pertama.

Terbuka Perancis: Djokovic, Nadal berentap di suku akhir
Djokovic masih belum kehilangan satu set dalam lapan perlawanan terakhirnya, sejak kemenangannya di Internazionali d'Italia.

Tenis Terbuka Perancis: Nadal mudah lepasi pusingan pertama
Nadal yang mempamerkan aksi dominan, menang 6-2, 6-2, 6-2 untuk mara ke pusingan kedua dengan mudah.

Terbuka Itali: Djokovic rangkul gelaran kali keenam
Dia bermain 'set yang sempurna' sebelum bangkit daripada ketinggalan pada set kedua dan memperoleh kemenangan 6-0, 7-6.

Terbuka Indian Wells: Nadal mara ke final buat kali kelima
Pilihan keempat itu mara ke final dengan kemenangan 6-4, 4-6, 6-3 ke atas rakan senegara, Carlos Alcaraz.