awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafuzi puas hati persembahan dua tonggak import baharu KDA FC

Bernama
Bernama
15/07/2023
02:20 MYT
Nafuzi puas hati persembahan dua tonggak import baharu KDA FC
Penyerang pasukan KDA FC, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi meraikan kejayaannya selepas menjaringkan gol pertama ketika menentang pasukan Kelantan United FC. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Mohd Nafuzi Mohd Zain berpuas hati dengan prestasi dua pemain import baharu, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi dan Moses Atede Jona Atuluku, pada penampilan pertama mereka.
Beliau berkata Ifedayo telah membuktikan kemampuannya sebagai penyerang yang bijak untuk mencari peluang dan sentiasa berada pada tempat dan masa yang tepat, untuk menjaringkan gol.
"Saya lihat prestasi kedua-dua pemain ini lagi baik dari segi kecergasan, sentuhan, pergerakan dan membuat keputusan. Ifedayo menjaringkan dua gol pada perlawanan ini (malam tadi).
"Moses juga bermain dengan baik di bahagian tengah, yang menghidupkan bahagian serangan dan bahagian tengah dan saya yakin mereka akan semakin baik pada perlawanan seterusnya," katanya selepas perlawanan Liga Super yang menyaksikan KDA FC menewaskan Kelantan United FC 3-1 di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.
Pada perlawanan yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton itu, Ifedayo berjaya meledak dua gol pada minit ke-54 dan ke-74, sementara gol ketiga KDA FC dijaringkan pemain tengah Amirbek Juraboev pada minit ke-85.
Mohd Nafuzi mengucapkan tahniah kepada semua pemain KDA FC yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan bermain, serta mahu pasukannya memberi fokus pada perlawanan seterusnya bertemu Kuching FC 29 Julai nanti.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan United FC Ailton Dos Santos Silva berkata walaupun tewas, beliau berpuas hati dengan peningkatan corak permainan pasukannya, hingga berjaya mencipta banyak peluang berbanding perlawanan sebelum ini.
"Kami akan membuat persediaan rapi menentang PDRM nanti dan kami perlukan tiga mata pada perlawanan itu, dan harap dapat lebih banyak peluang untuk menang dengan kemasukan beberapa pemain baharu bagi menguatkan pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Mohd Nafuzi Mohd Zain
#KDA FC
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan