awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ucap tahniah Nicol rangkul emas kedua untuk Malaysia

Bernama
Bernama
24/09/2014
00:12 MYT
Najib ucap tahniah Nicol rangkul emas kedua untuk Malaysia
Nicol memenangi emas individu kelimanya dalam lima kempen sukan itu sejak 1998 - Gambar Fail
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David atas kejayaan merangkul pingat emas kedua negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.
Nicol memenangi emas individu kelimanya dalam lima kempen sukan itu sejak 1998 selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 pada perlawanan akhir skuasy individu wanita hari ini.
Perdana Menteri dalam tweet itu turut mengucapkan tahniah kepada Wee Wern, yang memenangi pingat perak kedua untuk kontinjen Malaysia.
"Syabas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern kerana memberikan kita pingat emas serta perak. Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa. #Incheon2014," katanya.
Lima pingat emas yang digondol Nicol pada temasya itu membuktikan beliau adalah pemain skuasy paling berjaya dalam sejarah Sukan Asia.
Topic Berkaitan
#Nicol David
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan