GARY Neville dan Roy Keane menggesa Manchester United untuk berhenti berurusan dengan Mino Raiola dan membiarkan Paul Pogba meninggalkan kelab itu susulan kenyataan terbaru ejen itu.
Sebelum aksi menentang Chelsea di tempat lawan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 buat pelawat, awal pagi tadi, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, berkata Pogba merupakan pemain United dan bukan hak Raiola.
Tatkala United bergelut untuk memastikan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, ejen Pogba, Raiola, berkata ada perkara lain yang patut dirisaukan Solskjaer.
Sewaktu muncul selaku pakar bola sepak buat Sky Sports, bekas tonggak United, Neville dan Keane, ditanya mengenai Raiola dan situasi yang dihadapi Pogba, yang diketepikan sejak Disember lalu akibat kecederaan buku lali sambil dia sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford.
Kedua-dua bekas pemain itu menjangkakan Pogba akan berhijrah sambil Neville berkata: "Ia akan berakhir dengan Pogba meninggalkan United.
"Apa yang patut berlaku adalah kelab harus menghindari ejen itu. Dia telah memberikan masalah buat United selama bertahun-tahun menerusi Pogba serta pemain lain.
"Mengapa mereka membiarkan dipermainkan olehnya, saya tidak tahu. Dia benar-benar duri dalam daging buat pasukan. United patut tegas dengan pendirian, 'Jika anda mewakili seorang pemain, kami tidak akan berurusan dengan anda'."
Keane menambah: "Jika ia tidak betul untuk kelab dan ejen mentertawakan anda, biarkan pemain pergi.
"Lihat kepada gambaran yang lebih besar. Kami bercakap tentang kelab hebat seperti United. Usah dapatkan ejen sebegini serta pemain yang saya fikir tidak mahu berada bersama United.
"Ejen-ejen ini juga tidak mahu mereka di sana, saya tidak fikir Raiola mahu Pogba di Old Trafford. Terus bersalam dan lepaskannya.
"Pogba akan pergi musim panas nanti, 100 peratus."
Astro Arena
Tue Feb 18 2020
Kedua-dua bekas pemain itu menjangkakan Pogba (gambar) akan berhijrah meninggalkan United. - REUTERS/Gambar fail
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Hairuddin hasil produk sambal bilis bantu orang ramai jana pendapatan
Bermula dengan pengeluaran 100 botol secara suka-suka, kini produk sambal bilis yang diberi nama DuoBotak itu telah mencecah jualan lebih 80,000 botol sejak dilancarkan.
'Senarai jawatankuasa' persatuan baru sepak takraw tempatan cetus persoalan
Ia mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan bekas pemain kerana beberapa nama dilihat tidak relevan untuk berada dalam pucuk pimpinan baru itu.
Legenda Liverpool St John meninggal dunia pada usia 82 tahun
St John merupakan salah sorang pemain bintang ketika era Bill Shankly di Anfield.
FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata
FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.
FAM elak campur tangan siasatan FIFA kes Sumareh
Stuart Ramalingam menjelaskan mereka mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada badan induk dunia terlebih dahulu berhubung kes itu.
Neville, Keane mahu United lepaskan Pogba, elak Raiola
Tatkala United bergelut untuk memastikan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, ejen Pogba, Raiola, berkata ada perkara lain yang patut dirisaukan Solskjaer.
Final Piala Malaysia: Alex harap Kedah mampu lakar kejutan
Azamuddin dan rakan sepasukannya tetap akan bermain penuh bersemangat seperti sewaktu menentang Pahang pada separuh akhir Sabtu lalu.
Subahan 'U-turn'
Beliau tidak sepatutnya mengumumkan untuk letak jawatan jika Malaysia gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, kata seorang bekas pemain.
Neymar tidak boleh ke kelab lain - Rivaldo beri amaran buat Barcelona
Bintang Brazil itu dikaitkan dengan kepulangan ke kelab gergasi Catalan itu selepas dua tahun menyertai PSG menerusi perpindahan yang memecahkan rekod dunia bernilai EUR222 juta (RM1.08 bilion).
Solskjaer sedia terima kritikan Neville, bekas pemain United
United mempamerkan aksi cemerlang ketika membenam Cardiff dengan falsafah permainan menyerang yang diketengahkan oleh Solskjaer dan berasakan ia merupakan sesuatu yang diperlukan pasukan.