Bintang Brazil, Neymar mahukan rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi menerajui Argentina untuk meraih kemenangan Piala Dunia bertemu Jerman.
Dalam satu sidang media, Neymar yang mengalirkan air mata dan begitu beremosi berikutan kecederaan tulang belakangnya yang memungkinkannya mengalami kecacatan berharap temannya sekelabnya itu mampu menjulang trofi Piala Dunia dengan membenam cabaran Jerman pada final Isnin ini.
Harapan Brazil untuk menjadi juara Piala Dunia buat kali keenam di halaman sendiri musnah apabila dimalukan dengan teruk oleh Jerman dengan jaringan 1-7.
"Sejarah Messi dalam sukan ini amatlah penting dan beliau telah banyak memenangi kejuaraan dan trofi kemenangan. Saya akan menyokong beliau," katanya.
"Beliau adalah rakan sepasukan saya dan saya ucapkan selamat berjaya kepadanya."
Aksi Neymar dalam Piala Dunia terhenti setelah beliau mengalami kecederaan oleh pertahanan Colombia, Juan Camilo Zuniga ketika Brazil memenangi perlawanan peringkat suku akhir itu dengan keputusan 2-1.
Pemain berusia 22 tahun itu mengerang kesakitan setelah diterjah keras oleh pemain Colombia itu dengan lutut di belakang badannya dan apa yang dirisaukan oleh Neymar ialah beliau mungkin berdepan risiko kecacatan.
"Saya bersyukur bahawa situasi ini tidak seserius yang saya sangkakan. Jika keretakan itu dua sentimeter atau lebih, saya mungkin akan berkerusi roda dan ianya sudah tentu sukar bagi saya.
"Perkara ini terjadi pada suatu tahap penting dalam karier saya.
"Perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat-sangat saya tidak dapat terima dan cabaran yang dilakukan oleh beliau (Juan Camilo Zuniga) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.
"Saya tidak boleh mengatakan bahawa dalam bola sepak akan tiada cabaran atau terjahan seperti itu tetapi sesiapa juga akan memahami bahawa terjahan tersebut sangat tidak normal.
"Apabila seseorang datang daripada belakang sudah tentu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya tidak dapat mengawal pergerakan dan kesudahannya saya yang cedera," katanya lagi.
FIFA bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap Zuniga terhadap kekasaran yang dilakukan yang menyebabkan Neymar terpaksa direhatkan daripada sebarang aksi bola sepak selama enam minggu.
Neymar walaubagaimanapun tidak menyimpan sebarang dendam atau perasaan marah terhadap Zuniga yang telah pun memohon maaf terhadap tindakannya itu.
"Sudah tentu saya memaafkan beliau. Saya tidak berasa marah lagi malah belaiu juga telah menghubungi saya sehari selepas perlawanan itu dan memohon maaf. Beliau tidak bermaksud untuk mencederakan saya."
Neymar kembali ke kem latihan Brazil di Teresopolis untuk pertama kalinya selepas insiden tersebut untuk memberi sokongan kepada rakan sepasukannya selepas dibelasah teruk oleh Jerman di peringkat separuh akhir.
AFP
Fri Jul 11 2014
Lionel Messi sangat diharap Neymar untuk meraih kemenangan dalam final menentang Jerman. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.