awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nice gantung Youcef Atal kerana ulasan Gaza

Astro Arena
Astro Arena
19/10/2023
04:03 MYT
Nice gantung Youcef Atal kerana ulasan Gaza
Pihak Ligue 1 berkata Atal telah memadamkan ulasan itu dan memohon maaf dengan pejabat pendakwa raya Nice dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) bercadang untuk menyiasatnya. - Foto Stadium Astro
KELAB Perancis, Nice, menggantung pertahanannya, Youcef Atal, selepas pemain Algeria itu didakwa menyiarkan video di media sosial berkaitan konflik di Israel dan Gaza.
Pihak Ligue 1 berkata Atal, 27, telah memadamkan ulasan itu dan memohon maaf dengan pejabat pendakwa raya Nice dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) bercadang untuk menyiasatnya.
Satu kenyataan di laman sesawang Nice berbunyi: “Sebaik sahaja dia pulang daripada tugas pasukan kebangsaan Algeria -- tempat dia berada sejak 9 Oktober -- Youcef Atal telah dihubungi oleh pengarah OGC Nice untuk berbual.
“OGC Nice sedar bahawa pemain ini telah mengakui kesilapannya dengan segera menarik balik perkongsian penerbitan itu selain menawarkan permohonan maaf terbuka secara bertulis.
“Namun, memandangkan sifat penerbitannya yang dikongsi kepada umum dan betapa seriusnya isu ini, kelab telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan disiplin segera terhadap pemain ini sebelum sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh pihak berkuasa sukan dan undang-undang.
“Oleh itu, kelab telah memutuskan untuk menggantung Youcef Atal hingga diberitahu kelak.
“Kami ingin menekankan bahawa reputasi dan perpaduan OGC Nice adalah hasil daripada tingkah laku semua pekerjanya yang harus selaras dengan nilai yang digalakkan oleh institusi.
"Seperti yang dinyatakan oleh OGC Nice dalam mesejnya pada Jumaat lalu, OGC menegaskan komitmen teguhnya untuk memastikan keamanan mengatasi segala pertimbangan lain."
Bekas pemain sayap Aston Villa, Anwar El Ghazi, turut digantung oleh kelab Jerman, Mainz, semalam selepas turut menyiarkan mengenai konflik itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Topic Berkaitan
#Nice
#Youcef Atal
#Liga Perancis
#perang Palestin Israel
#digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan