awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama

Nicol lepasi halangan pertama Terbuka British

Bernama
Bernama
21/05/2013
23:00 MYT
Nicol lepasi halangan pertama Terbuka British
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka British di Pontefract, West Yorkshire, England pada Selasa.
Beliau mengalahkan Joshna Chinappa dari India dalam straight set 11-4, 11-5 dan 11-4 dalam masa setengah jam.
Namun pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern kalah kepada pemain tuan rumah Sarah-Jane Perry dalam perlawanan empat set.
Wee Wern kalah 7-11, 11-13, 11-7 dan 9-11 dalam masa satu jam dua minit.
Dalam kategori lelaki yang diadakan di KC Stadium di Hull, menyaksikan Ong Beng Hee tersingkir awal.
Beng Hee kalah kepada pemain Australia, Cameron Pilley dalam straight set 1-11, 8-11 dan 12-14 dalam masa 46 minit.
Sementara perlawanan antara Delia Arnold dan pemain nombor tiga dunia Raneem El Weleily dari Mesir dijadual diadakan pada 6 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia).
Topic Berkaitan
#Nicol
#Skuasy
#terbuka british
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.