awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NSSU diminta beri cadangan pada sesi pascanilai Sukan SEA kemboja 2023

Bernama
Bernama
06/07/2023
22:30 MYT
NSSU diminta beri cadangan pada sesi pascanilai Sukan SEA kemboja 2023
Hannah Yeoh (kiri) bersama 38 wakil persatuan sukan kebangsaan dan MOM menghadiri sesi pascanilai prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar Facebook Majlis Sukan Negara
KUALA LUMPUR: Wakil Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) di Tokyo, Jepun, diminta mengemukakan cadangan penambahbaikan pada sesi pascanilai (post-mortem) prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 yang bermula di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, hari ini.
Sesi pascanilai selama dua hari itu berikutan pencapaian terburuk kontinjen negara di temasya dwitahunan itu disertai oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Kejurulatihan, Prof. Ito Masamitsu dan Prof Madya Fumihiko Iwahara dari Fakulti Sains Sukan NSSU.
MSN, menerusi kenyataan, hari ini, memaklumkan, wakil universiti yang merupakan model negara dalam usaha meningkatkan prestasi sukan tanah air itu turut diminta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi temasya sukan itu pada masa akan datang.
Selain MSN dan NSSU, sesi pascanilai itu turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, 38 wakil persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
"Sesi dua hari ini juga bertujuan untuk mencari solusi dan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan tahap prestasi atlet untuk persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Thailand 2025 nanti," menurut kenyataan itu.
Kepakaran NSSU sudah terbukti dengan pencapaian melahirkan 137 pemenang pingat termasuk 41 pingat emas keseluruhan untuk kontinjen Jepun di temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik
Di Sukan SEA Kemboja 2023, Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontinjen malaysia
#Sukan SEA Kemboja 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan