awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Dhabitah di tangga tercorot di Kazan

Bernama
Bernama
06/05/2018
21:39 MYT
Nur Dhabitah di tangga tercorot di Kazan
Nur Dhabitah menduduki tangga keenam selepas hanya mampu mengumpul 294.60 mata dalam lima terjunan pada saingan di Kazan Aquatics Palace. - Gambar fail
Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di tangga tercorot dalam acara final 3m papan anjal individu wanita pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia FINA 2018 di Kazan, Rusia, hari ini.
Penerjun negara berusia 18 tahun itu menduduki tangga keenam selepas hanya mampu mengumpul 294.60 mata dalam lima terjunan pada saingan di Kazan Aquatics Palace.
Sebelum itu, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir dengan mengutip 320.10 mata untuk meraih tempat ketiga dalam saingan separuh akhir.
China menguasai acara tersebut dengan pingat emas dan perak masing-masing dirangkul oleh juara Sukan Olimpik 2016, Shi Tingmao (374.35 mata) dan Wang Han dengan 355.05 mata.
Gangsa dimenangi penerjun Kanada, Jennifer Abel, dengan mengumpul 338.55 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#corot
#Kanada
#Kazan
#Nur Dhabitah Sabri
#papan anjal
#penerjun
#Rusia
#Siri Terjun Dunia FINA
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan