KUALA LUMPUR: Kumpulan terbesar kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo tidak menghadapi sebarang masalah dalam urusan pendaftaran masuk ke Perkampungan Olimpik di Tokyo selepas selamat tiba di negara matahari terbit itu, semalam.
Lebih menggembirakan, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata ujian saringan COVID-19 ke atas kesemua 40 individu termasuk 18 atlet yang dilakukan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita turut disahkan negatif.
"Alhamdulillah semua selamat sampai di Perkampungan Olimpik. Ujian saringan menggunakan air liur juga keluar (keputusan) negatif dan kontinjen Malaysia di sini mula menyesuaikan diri dengan kemudahan yang ada.
"Cuma kita masih dalam kumpulan B yang mana pengawasan COVID-19 ada terdapat tambahan SOP (prosedur operasi standard). Contohnya tempat makan berlainan dan penjagaan jarak jauh dengan pasukan kontinjen negara lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada masa sama, Mohd Nazifuddin berkata kesemua atlet negara dan pegawai di Tokyo yang kini sedang menjalani tempoh isolasi selama tiga hari, perlu terus menjalani ujian saringan COVID-19 sepanjang temasya itu berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Sabtu lepas, seramai 40 individu termasuk 18 atlet terdiri daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengharungi cabaran di temasya sukan terbesar dunia itu.
Ia sekali gus menjadi kumpulan terbesar kontinjen negara selepas empat atlet pelayaran yang diiringi tiga pegawai bertolak ke Tokyo pada 8 Julai dengan kumpulan ketiga terdiri daripada sukan berbasikal trek, olahraga dan golf dijangka berlepas pada 25 Julai ini.
Sementara itu, Mohd Nazifuddin yang ditugaskan untuk menguruskan kontinjen negara di Tokyo, pagi ini menghadiri mesyuarat bersama barisan chef de mission Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan negara peserta dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Sabtu lepas, seramai 40 individu termasuk 18 atlet terdiri daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara
Kesemua empat wakil perseorangan lelaki badminton negara membuka tirai kempen Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China dengan langkah kanan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari pertama.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Setelah cemerlang di Sukan Asia, AoV intai pentas Olimpik
Pasukan e-sukan Malaysia Arena of Valor (AoV) berharap acara e-sukan akan dipertandingkan di pentas Olimpik pada masa akan datang.
'Alhamdulillah... Allah selamatkan saya' - Azizulhasni
Datuk Azizulhasni Awang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam
Atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini.
Projek RTG: Pandelela harap khidmat sokongan disediakan semula
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.