awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza

Bernama
Bernama
09/09/2024
15:44 MYT
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas terpilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif pertama dilakukan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas terpilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan memaklumkan Mohamad Norza yang juga presiden MOM, telah mencadangkan idea itu kepada Ketua Pengarah OCA Kapten Husain Al-Musallam semasa lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur pada 1 Mei tahun lepas.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa Husain Al-Musallam amat kagum dengan kemudahan terkini dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM) semasa lawatan itu, yang bukan sahaja menempatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetapi juga berfungsi sebagai hab latihan utama untuk Pasukan Badminton Kebangsaan Malaysia.
"Sebagai bekas presiden BAM dan presiden kehormat Badminton Asia, saya berbesar hati untuk berkhidmat sebagai naib presiden OCA bagi Asia Tenggara dan menyumbang kepada pembangunan badminton dalam kapasiti baharu ini.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada presiden OCA yang baru dipilih, Raja Randhir Singh atas kepimpinannya yang berwawasan. Dedikasinya kepada Pergerakan Olimpik dan komitmen untuk memupuk pembangunan sukan di seluruh Asia telah menjadi sumber inspirasi sebenar.
"Dengan bimbingan beliau, kami yakin Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia akan memainkan peranan penting dalam menjayakan Program Pembangunan OCA," kata Mohamad Norza.
Inisiatif ini mewakili kerjasama antara OCA, NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) Malaysia dan BAM, dan perkongsian ini diperkukuh dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) semasa Perhimpunan Agung OCA ke-44 di Bharat Mandapam di New Delhi, India semalam.
MoU itu ditandatangani Raja Randhir Singh, Mohamad Norza dan Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam yang menandakan kejayaan penting untuk masa depan badminton di Asia dan mencerminkan komitmen semua pihak yang terlibat bagi memajukan sukan itu di peringkat serantau dan global.
Objektif utama penubuhan pusat ini adalah untuk menyumbang kepada pembangunan badminton di seluruh Asia, dengan menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia di Malaysia khususnya untuk membangunkan NOC di rantau ini.
Pusat ini bertujuan untuk mencungkil bakat dengan menawarkan latihan prestasi tinggi kepada pemain, serta peluang pembangunan untuk jurulatih dan pengadil, melalui Program Pembangunan OCA yang berstruktur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Majlis Olimpik Malaysia
#Olimpik
#bertaraf dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan