awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah berdepan So Yeong-Hee Yong di suku akhir

Bernama
Bernama
31/07/2024
00:30 MYT
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah berdepan So Yeong-Hee Yong di suku akhir
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah akan berdepan pemenang pingat gangsa edisi lepas Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada perlawanan suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024, pada Khamis.
PARIS: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah akan berdepan pemenang pingat gangsa edisi lepas Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada perlawanan suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024, pada Khamis.
Undian pusingan kalah mati dijalankan selepas tamat kesemua perlawanan peringkat kumpulan acara beregu wanita di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
Pada temasya Olimpik Tokyo 2020, So Yeong-Hee Yong meraih gangsa selepas mengetepikan cabaran rakan senegara Lee So Hee-Shing Seung Chan pada perlawanan penentuan pingat.
Pada satu-satunya pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan itu 14-21, 14-21 dalam perlawanan peringkat kumpulan saingan Jelajah Dunia Akhir 2021.
Jika Pearly-Thinaah berjaya mengatasi gandingan kesepuluh dunia, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bakal diuji lebih hebat apabila berdepan juara dunia empat kali Chen Qing Chen-Jia Yi Fan sekali lagi di separuh akhir.
Berdasarkan percaturan atas kertas, pasangan China itu dijangka tidak mempunyai masalah menyingkirkan wakil Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva di suku akhir acara beregu wanita itu.
Pearly-Thinaah yang menghuni tangga ke-13 dunia memulakan kempen peringkat kumpulan dengan langkah kiri apabila tewas kepada Qing Chen-Yi Fan, sebelum mencipta dua kemenangan luar biasa mengatasi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti untuk mara ke suku akhir.
Sementara itu, undian berkenaan menyaksikan gandingan kedua terbaik dunia Baek Ha Na-Lee So Hae dari Korea Selatan akan bertemu Liu Cheng Shu-Tan Ning manakala wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dijadual membuat perhitungan dengan pasangan Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen. - BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#beregu wanita negara
#Pearly Tan-M Thinaah
#suku akhir badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan