awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Pelbagai gaya menembak, macam pembunuh upahan pun ada

Astro Arena
Astro Arena
01/08/2024
05:01 MYT
Olimpik Paris 2024: Pelbagai gaya menembak, macam pembunuh upahan pun ada
Aksi Ye-ji menjadi tular berikutan gayanya yang bersahaja sambil berkaca mata khas, persis bintang filem aksi. - Stadium Astro
PENEMBAK wanita Korea Selatan, Kim Ye-ji, menjadi perhatian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mempamerkan gaya 'pembunuh upahan' ketika mengharungi acara air pistol 10 meter awal pagi tadi.
Pemegang rekod dunia 25m pistol yang dirakamkannya Mei lalu itu menggondol pingat perak di Perancis berikutan menamatkan saingan di belakang rakan sebiliknya, Oh Ye Jin.
Aksi Ye-ji menjadi tular berikutan gayanya yang bersahaja sambil berkaca mata khas -- persis bintang filem aksi.
Malah, dia menggantung anak patung gajah anak perempuannya di pinggulnya sepanjang pertandingan itu.
Dalam masa sama, penembak lelaki Turkiye, Yusuf Dikec, turut menarik perhatian dalam acara 10 meter air pistol berpasukan campuran.
Penembak berusia 51 tahun yang bergandingan dengan Sevval Ilayda Tarhan meraih pingat perak.
Penembak  Turkiye, Yusuf Dikec turut menarik perhatian dalam acara 10m air pistol berpasukan campuran.
Penembak Turkiye, Yusuf Dikec turut menarik perhatian dalam acara 10m air pistol berpasukan campuran.
Yusuf tampil dengan serba kekurangan -- tanpa kanta khas, penutup mata mahupun penutup telinga hingga mengundang perhatian pemilik X, Elon Musk, yang menulis, "menarik".
Tiga hari lalu, Choe Dae-han dari Korea Selatan turut mempamerkan gaya tersendiri dalam 10m air rifle dan menduduki tempat ketujuh pusingan akhir.
Choe Dae-han dari Korea Selatan mempamerkan gaya tersendiri.
Choe Dae-han dari Korea Selatan mempamerkan gaya tersendiri.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#gaya menembak
#penempak Korea
#pembunuh upahan
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan