awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Popov kejutkan Ginting untuk jumpa Zii Jia

Bernama
Bernama
31/07/2024
22:00 MYT
Olimpik Paris 2024: Popov kejutkan Ginting untuk jumpa Zii Jia
Popov mencipta kejutan besar dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 apabila melangkah ke pusingan 16 terbaik untuk bertemu Zii Jia. - Foto BERNAMA
PARIS: Pilihan utama Perancis, Toma Junior Popov mencipta kejutan besar dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini apabila melangkah ke pusingan 16 terbaik untuk bertemu pemain profesional Malaysia, Lee Zii Jia, hari ini.
Bermain di hadapan penonton tuan rumah, pemain berusia 25 tahun itu menewaskan pemain nombor sembilan dunia dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 17-21, 21-15 dalam perlawanan terakhir Kumpulan H yang berlangsung selama 87 minit untuk melangkah ke fasa kalah mati.
Hanya juara kumpulan yang layak ke pusingan 16, bermakna Popov, yang menewaskan pemain Amerika Syarikat, Howard Shu 21-11, 21-12 pada Selasa akan berdepan dengan Zii Jia, selaku juara Kumpulan G.
"Penonton sangat hebat terutamanya di akhir set kedua yang membuatkan saya tidak mudah menyerah kalah. Sokongan hebat memberi saya lebih tenaga, sangat penting.
"(Berhadapan dengan Zii Jia) Selepas ini saya akan mempersiapkan diri dan pulih sebaik mungkin serta beraksi depan penyokong dengan gaya tersendiri," katanya.
Berdasarkan rekod, Zii Jia yang pada penampilan sulungnya di Tokyo 2020 terkandas di pusingan 16 terbaik, telah memenangi kesemua empat perlawanan menentang Popov tetapi pemain Perancis itu telah memperbaiki permainannya sejak perlawanan terakhir mereka pada Kejohanan Akhir Jelajah Dunia BWF 2021.
- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Lee Zii Jia
#Toma Junior Popov
#Anthony Sinisuka Ginting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan