awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Zii Jia idam emas pertama negara

Bernama
Bernama
08/04/2023
08:10 MYT
Olimpik Paris 2024: Zii Jia idam emas pertama negara
Hasrat pemain berusia 25 tahun untuk membawa pulang pingat emas sulung negara di temasya terbesar dunia di Perancis itu dinyatakan ketika pertemuan dengan Yeoh hari ini. - Gambar fail/ AP
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia telah melaungkan sasarannya untuk menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Hasrat pemain berusia 25 tahun untuk membawa pulang pingat emas sulung negara di temasya terbesar dunia di Perancis itu dinyatakan ketika pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, hari ini.
Yeoh melalui hantaran di laman Facebooknya berkata pemain di ranking keempat dunia itu yang tersenarai dalam program Road to Gold (RTG) seperti diumumkan semalam, menyokong inisiatif dan berterima kasih kerana beliau turut tersenarai ke dalam program itu.
"Lee Zii Jia beritahu saya yang dia betul-betul mahukan pingat emas pertama untuk negara di Paris nanti.
"Ia pertemuan yang positif. Ini yang saya mahu dengar daripada atlet-atlet kita, ia bermula dengan keinginan untuk mendapatkan emas," katanya.
Turut hadir pada pertemuan itu Penyelaras RTG Stuart Ramalingam.
Justeru, Yeoh berkata Stuart akan berbincang lebih lanjut dengan ejen Zii Jia mengenai perincian komitmennya kepada RTG yang akan merangkumi penyelarasan bimbingan dan rakan seperlatihan.
Selain Zii Jia, lima lagi wakil dari sukan badminton turut tersenarai dalam program RTG iaitu gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama Pearly Tan-M.Thinaah dan tiga beregu profesional - Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (campuran), Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (campuran) dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki).
Atlet lain turut berada dalam program RTG jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan atlet terjun Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri.
Temasya Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Sukan Olimpik Paris 2024
#pingat emas
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan