awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19

Bernama
Bernama
09/08/2024
00:50 MYT
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Noah Lyles terbaring di atas trek larian selepas tamat acara 200 meter lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024, di Saint-Denis, Perancis, 8 Ogos 2024. (Foto AP)
PARIS: Pelari pecut Amerika Syarikat, Noah Lyles mendedahkan bahawa beliau bertanding dalam acara 200 meter (m) lelaki di Sukan Olimpik hanya dua hari selepas disahkan positif COVID-19.
Lyles, yang memenangi acara 100m pada Ahad, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
Lyles dilaporkan memakai pelitup muka di bilik panggilan sebelum perlumbaan dan mencetuskan spekulasi, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
"Saya dijangkiti COVID-19. Saya disahkan positif sekitar 5 pagi Selasa.
"Saya terjaga di tengah malam dalam keadaan sakit badan, sakit tekak dan tidak sihat.
"Itu adalah antara simptom yang saya alami sebelum dijangkiti COVID.
"Kami melakukan ujian dan hasilnya positif. Kami segera menjalani kuarantin di sebuah hotel berdekatan (Perkampungan Olimpik)...
"Saya masih mahu berlumba, ia masih boleh dilakukan, kami hanya perlu mengasingkan diri daripada semua orang.
Lyles dibawa keluar pasukan bantuan selepas acara 200m lelaki, Sukan Olimpik Paris 2024.(Foto AP)
Lyles dibawa keluar pasukan bantuan selepas acara 200m lelaki, Sukan Olimpik Paris 2024.(Foto AP)
"Saya tahu jika saya mahu menang, saya perlu memberikan segala yang saya ada sejak dari awal. Saya tidak mempunyai masa untuk menyimpan tenaga. Itu adalah strateginya.
"Ia pasti menjejaskan prestasi saya. Saya terpaksa berehat banyak kali. Saya batuk sepanjang malam.
"Saya lebih bangga dengan diri sendiri daripada apa-apa pun, dapat memenangi gangsa dengan keadaan dijangkiti COVID," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelari pecut Amerika Syarikat
#Noah Lyles
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan