OLIMPIK sememangnya antara acara sukan dunia yang dinantikan oleh para peminat sukan seantero dunia.
Menariknya, sukan Olimpik yang berlangsung di Tokyo ini bukan sahaja dijalankan semasa musim pandemik COVID-19 namun ia juga berjaya meraih perhatian disebabkan oleh penganjurannya yang menekankan konsep kelestarian.
Dapat dilihat baru-baru ini di mana tular di media sosial tentang aspek kelestarian sukan yang ditonjolkan oleh Jepun dalam penganjuran Olimpik kali ini.
Ia termasuk dari segi pingat pemenang yang diperbuat daripada perkakas telefon pintar dan barangan elektronik lain yang dikitar semula; podium yang dibina daripada plastik kitar semula; dan katil untuk atlet yang diperbuat daripada kadbod dikitar semula.
Rata-rata warganet teruja dan memberikan pujian terhadap usaha kerajaan Jepun dalam mempraktikkan sukan yang ‘lestari’ dan ‘hijau’ ini.
Konsep sukan ‘lestari’ atau ‘hijau’ yang telah dipraktikkan oleh Jepun dalam Olimpik kali ini adalah satu usaha baik dalam menjadikan sukan terbesar dunia sebagai salah satu platform mencapai beberapa aspek penting dalam pembangunan lestari seperti karbon sifar (untuk mengurangkan masalah perubahan iklim), sisa sifar, hak asasi manusia, penyertaan dan kolaborasi masyarakat.
Menyingkap sejarah sukan Olimpik, sebenarnya amalan sukan secara lestari dikatakan telahpun dilaksanakan buat pertama kalinya menerusi sukan Olimpik Musim Sejuk di Lillehammer, Norway pada tahun 1994 yang dikenali dengan jolokan “White-Green Games” kerana telah meletakkan elemen alam sekitar dan kelestarian dalam penganjurannya pada ketika tersebut.
Terdapat 20 buah projek kelestarian telah dilaksanakan semasa penganjuran Olimpik Musim Sejuk di Lillehammer, Norway seperti pembuatan medal dari bahan semula jadi, penggunaan pengangkutan awam, pengurusan sisa cekap, penjagaan hidupan liar dan sebagainya.
Bertitik tolak daripada Olimpik Musim Sejuk di Lillehammer, Norway inilah banyak acara sukan lainnya telahpun bergerak ke arah penganjuran sukan yang lestari dan hijau.
Sungguhpun terdapat pandangan dan kritikan yang mengatakan bahawa acara-acara sukan sebegini sukar untuk benar-benar dilaksanakan secara lestari, namun dari perspektif komunikasi kelestarian, ia sebenarnya menjadi satu ‘mesej’ dan ‘signal’ yang penting kepada perkembangan dan perubahan penganjuran acara khususnya sukan pada masa kini dan akan datang.
Dengan erti kata yang lain, penganjuran sukan berskala besar yang melibatkan penyertaan negara-negara dunia ini memberikan mesej yang kuat tentang peri pentingnya penglibatan pemegang taruh seperti penganjur sukan, atlet, penonton, penaja dan sebagainya dalam bersama-sama mencapai matlamat pembangunan lestari tidak kira dalam apa jua yang dilakukan termasuklah dalam aktiviti sukan.
Memandangkan Olimpik dianjurkan di Tokyo, kedekatan mesej kelestarian ini juga boleh menginspirasikan negara-negara Asia lainnya termasuklah Malaysia dalam mengambil berat terhadap kepentingan kelestarian dalam setiap penganjuran acara sukan pada masa akan datang.
Strategi kelestarian yang dilakukan oleh negara Jepun dalam penganjuran sukan Olimpik kali ini dapat menjadi panduan yang baik untuk negara-negara lain dalam menganjurkan sukan yang lestari kelak sama ada secara skala besar atau kecil di negara masing-masing.
Hakikatnya, sukan itu sendiri sememangnya telah dikenal pasti sebagai alat dan peluang yang sangat baik untuk menjadi ‘pemangkin’ kepada pencapaian matlamat pembangunan lestari (SDGs) 2030 terutamanya dalam mencapai beberapa SDGs seperti SDG 3 kesihatan yang baik dan kesejahteraan, SDG 4 pendidikan berkualiti, SDG 5 kesaksamaan gender, SDG 11 bandar dan masyarakat lestari, SDG 13 penanganan perubahan iklim dan SDG 16 keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh.
Justeru, usaha bersepadu dari semua pihak dalam memastikan sukan yang lestari adalah sangat penting dan promosi atau hebahan terhadap usaha-usaha ini perlulah dilakukan dengan rancak agar ia dapat sampai kepada masyarakat umum.
Penggunaan media sosial tanpa batasan geografi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penganjur dan peminat sukan untuk berkongsikan maklumat-maklumat berkaitan penganjuran sukan yang lestari dan hijau seperti Olimpik kali ini agar mesej sukan lestari ini dapat sampai kepada khalayak bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang kepentingan dan keupayaan pencapaian matlamat pembangunan lestari menerusi sukan.
Penggunaan gambar dan infografik yang menarik dapat membantu memudahkan pemahaman pembaca selain menarik minat mereka untuk membaca dan berkongsikannya menerusi media sosial masing-masing.
Matlamat komunikasi kelestarian menerusi sukan pastinya sukar dicapai sekiranya mesej-mesej sebegini tidak sampai kepada khalayak secara meluas.
* Dr Mohamad Saifudin Mohamad Saleh, Pensyarah Kanan Komunikasi Alam Sekitar & Kelestarian Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Mohamad Saifudin Mohamad Saleh
Sun Aug 01 2021

Olimpik sememangnya antara acara sukan dunia yang dinantikan oleh para peminat sukan seantero dunia. -Gambar fail/Stadium Astro

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Tindakan MP Pendang bandingkan saya dengan Tun M tidak masuk akal - Anwar
Tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mahkamah Tinggi memaklumkan nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.

Perpaduan, kepelbagaian suku kaum dan agama aset Sabah perlu dipertahankan - Hajiji
Hajiji berkata keharmonian serta warna-warni seni budaya itulah yang menjadikan Sabah unik dan istimewa selain memiliki keindahan alam semula jadi yang tersendiri.

Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.

RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program RTG bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Pandelela: MSN nafi laporan pegawai ISN tidak bantu atlet di Olimpik Tokyo
Laporan akhbar mendakwa Pandelela berkata pegawai ISN tidak memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan semasa Olimpik Tokyo tidak benar.

Axelsen menangis kalah di tangan Tze Yong
Pemain dari Denmark itu sudah memberikan segala-galanya untuk menang, namun nasib tidak menyebelahinya.

Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Pandelela tamat saingan di tempat keenam Piala Dunia 2022
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan saingan di tempat keenam acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman, awal pagi ini.

Jenazah bapa Mohd Azizulhasni selamat dikebumikan
Mohd Azizulhasni tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buat ayahnya kerana berada di Melbourne, Australia.

Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Azizulhasni mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.

"TeamAzizul" hulur sumbangan untuk mangsa banjir
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi 'TeamAzizul' menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor.

Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.

Agnes Tirop: Pemegang rekod dunia ditemui mati di kediaman di Kenya
Athletics Kenya mengesahkan penemuan mayat Tirop di rumahnya di Iten, yang menjadi hab latihan kebanyakan atlet di negara itu.