SUKAN
Padang Stadium Darul Makmur terima pengiktirafan FIFA

adang berkenaan dibina dan dinaik taraf mengikut spesifikasi ketat FIFA oleh kontraktor tempatan, RS Greenmaster (M) Sdn. Bhd., yang memainkan peranan penting dalam kejayaan tersebut.
KUANTAN: Stadium Darul Makmur di sini melakar sejarah tersendiri apabila dilengkapi padang rumput asli pertama di Malaysia yang menerima pensijilan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melalui Program Kualiti FIFA Permukaan Padang Semula Jadi.
Ringkasan AI
- Stadium Darul Makmur menjadi stadium pertama di Malaysia yang menerima pensijilan FIFA untuk padang rumput semula jadi melalui Program Kualiti FIFA, selepas melepasi penilaian teknikal dengan markah 93%.
- Padang menggunakan rumput Bermuda Tifgrand yang pertama ditanam di luar Jepun dan Asia, lengkap dengan sistem saliran tiga lapisan, dibina oleh kontraktor tempatan dengan kos RM1.6 juta.
- Kos penyelenggaraan padang meningkat kepada RM250,000RM300,000 setahun, dan pihak pengurusan merancang pelbagai strategi seperti membuka kafe dan pusat perniagaan untuk menampung kos tersebut.
Selain itu, Fadzli memaklumkan penilaian itu antara lain merangkumi aspek suhu tanah, kelembapan, lantunan bola, kekerasan permukaan, sistem akar, kandungan rumpai dan kesihatan tanah.
"Pengiktirafan ini menandakan satu kejayaan besar dalam aspek teknikal dan penyelenggaraan padang sukan negara.
"Saya dimaklumkan rumput 'Bermuda Tifgrand' di padang ini merupakan yang pertama ditanam di luar Jepun dan pertama di Asia, selain itu padang ini memiliki tiga lapisan serta sistem saliran air di bawahnya bagi mempercapatkan kadar serapan air," katanya.
Padang berkenaan dibina dan dinaik taraf mengikut spesifikasi ketat FIFA oleh kontraktor tempatan, RS Greenmaster (M) Sdn. Bhd., yang memainkan peranan penting dalam kejayaan tersebut.
Projek naik taraf padang berkenaan melibatkan kos RM1.6 juta iaitu RM500,000 sumbangan Kementerian Belia dan Sukan manakala RM1.1 juta daripada kerajaan negeri.
Beliau berkata pihak kontraktor telah pun memberi lampu hijau untuk menggunakan padang tersebut tetapi dijangka ia hanya akan mula digunakan satu atau dua bulan lagi.
Dari segi penyelenggaraan padang pula, Fadzli berkata terdapat peningkatan kos iaitu RM250,000 ke RM300,000 setahun berbanding RM50,000 bagi rumput 'Cow Grass'.
"Kita bersama Perbadanan Stadium Darul Makmur telah menyusun strategi dan memperkemaskan operasi untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung penyelenggaraan padang ini.
"Antaranya ialah mengoptimumkan penggunaan tiga dewan utama stadium, membina pusat perniagaan berbumbung di kawasan stadium dan membuka kafe," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami