awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konfrontasi geoekonomi muncul sebagai risiko global terbesar 2026, amaran Forum Ekonomi Dunia
AAX belum muktamad menamakan semula syarikat kepada AirAsia pada 19 Jan
Apple: Creator Studio tidak akan guna data pengguna untuk latih AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang Rangers sasar rebut semula Piala Futsal Malaysia

Bernama
Bernama
23/08/2025
03:20 MYT
Pahang Rangers sasar rebut semula Piala Futsal Malaysia
Pahang Rangers bertekad merebut semula kejuaraan Piala Futsal Malaysia (MFC) apabila turun menentang Selangor FC dalam aksi final di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan, malam ini. - Gambar Bernama
KUANTAN: Pahang Rangers bertekad merebut semula kejuaraan Piala Futsal Malaysia (MFC) apabila turun menentang Selangor FC dalam aksi final di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan, malam ini.
Ketua jurulatih, Luis Fonseca berkata, skuad Tok Gajah akan bermain dengan sepenuh hati menentang lawan terkuat mereka yang kini berada dalam prestasi terbaik.
"Final malam ini adalah perlawanan paling penting bagi musim ini. Kami akan beri seratus peratus menentang pasukan hebat yang menewaskan kami sebelum ini dan baru saja mengalahkan dua pasukan terkuat dalam liga.
"Kami akan lawan dengan sehabis baik untuk membanggakan penyokong Pahang Rangers dan membawa pulang piala yang mereka nantikan," katanya kepada Bernama hari ini.
Pahang Rangers melangkah ke final selepas bangkit daripada kekalahan 5-3 pada aksi separuh akhir pertama menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mencatat 8-4 pada aksi timbal balik, sekali gus melakar agregat kemenangan 11-9.
Fonseca berkata, kesemua pemain kini dalam keadaan cergas, bersedia dan bersemangat untuk menghadapi perlawanan penting itu.
"Mereka sedar betapa sukar perlawanan ini nanti tetapi mereka juga tahu ia peluang besar untuk membawa pulang kegembiraan. Pasukan akan beri segala-galanya untuk menghadiahkan piala kepada penyokong kami," katanya
Jurulatih dari Portugal itu juga menyeru peminat Tok Gajah hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan.
"Kami perlukan penyokong. Kehadiran mereka membuatkan kami kuat terutama ketika berdepan saat yang sukar. Sebab itu kami mahu penyokong menjadi pemain ke enam kami esok," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#futsal
#Piala Futsal Malaysia
#MFC
#Pahang Rangers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan