Usahawan dan pakar pelaburan Norizam Tukiman sah mengambil alih 100 peratus saham syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd., anak syarikat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkuat kuasa hari ini
Norizam, 39, berkata beliau telah mengeluarkan perbelanjaan RM6.8 juta bagi memiliki syarikat Team TRW Sdn Bhd yang menguruskan pasukan Kelantan FC bersaing pada saingan Liga Premier ketika ini.
"Saya beli saham syarikat ini sebanyak RM3 juta dan tambahan RM3.8 juta untuk KAFA selesaikan hutang sedia ada...jumlah keseluruhan perbelanjaan RM6.8 juta dan lebih daripada jumlah itu kami tidak tanggung.
"Saya tidak melihat keuntungan hari ini namun melihat keuntungan dalam jangka masa panjang tiga atau lima tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC, di sini, ini.
Pada majlis itu, Presiden KAFA Datuk Shaari Mat Hussin menyaksikan upacara menandatangani penyerahan pemilikan syarikat team TRW kepada Norizam oleh timbalan presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah.
Norizam berkata perkara pertama yang akan diberikan tumpuan ialah berkaitan isu pemilikan lesen kelab dengan memastikan hutang dan denda yang dikenakan sebelum ini diselesaikan selain daripada kemudahan latihan.
"Saya juga mempunyai perancangan berusaha untuk mendaftarkan syarikat TRW Sdn.Bhd dalam pasaran saham Malaysia (bursa) bagi menggerakkan pasukan Kelantan FC dan syarikat," katanya.
Katanya, beliau meletakkan sasaran Kelantan kembali beraksi pada saingan Liga Super musim depan bagi mengembalikan kecemerlangan pasukan Kelantan.
"Setidak-tidaknya setiap perlawanan saya mahu pasukan Kelantan membawa pulang satu mata sebagai indeks petunjuk prestasi (KPI) dan tidak mustahil nilai pasukan Kelantan dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi akan mencapai RM5 juta sehingga RM1 bilion...beri sokongan kepada saya untuk menguruskan team TRW Sdn Bhd dengan kepakaran yang dimiliki," katanya.
Sementara itu, Afandi berkata KAFA, yang sebelum ini mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam syarikat itu, tidak lagi menguruskan pasukan Kelantan FC.
"Kita akan menguruskan program pembangunan, Piala Presiden, belia dan lain yang tidak ada kaitan pasukan Kelantan FC.
"Dengan pemilik baharu ini, kami berharap pasukan Kelantan kembali cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020

Norizam berkata beliau telah mengeluarkan perbelanjaan RM6.8 juta bagi memiliki syarikat Team TRW Sdn Bhd yang menguruskan pasukan Kelantan FC bersaing pada saingan Liga Premier ketika ini. - Foto BERNAMA
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan UMNO-Bersatu: Setiausaha Agung akan umumkan - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Iklan vaksin COVID-19 dalam talian dikenal pasti sebagai palsu
Kerajaan dengan kerjasama Interpol sedang memantau sindiket penjualan vaksin palsu secara dalam talian - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PKPD di Sekolah Henry Gurney, Rumah Sewa Anong dan Beverly Hills
Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.

Jumlah kematian kini 1,153 kes, berikut tumpuan sidang media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 Mac.

Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, kerjasama itu akan diadakan dengan melihat kepada persamaan idealisme dan prinsip yang dibawa semua parti.

Tumpuan AWANI 7:45 - Risiko jerebu | Pemandu positif dadah
Hampir semua negeri catat peningkatan kes kebakaran terbuka, ketika cuaca panas dan kering dijangka sehingga April & Pemandu treler terlibat kemalangan hingga sebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya SUKE runtuh didapati positif dadah. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

COVID-19: Kes baharu meningkat kepada 2,063 hari ini
Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 2,063 kes daripada 1,828 kes semalam namun kes sembuh sebanyak 2,922 masih mengatasi kes baharu.

Piala Sumbangsih: PM ucap selamat maju jaya kepada JDT, KDA FC
Muhyiddin turut mengucapkan selamat kepada semua pasukan yang terbabit dalam Liga Super dan Liga Perdana yang akan bermula Sabtu ini.

Isaac Angking terima panggilan Puerto Rico, mungkin tidak layak wakili Malaysia
Angking disebut-sebut sebagai pemain kacukan yang berpotensi untuk mewakili Harimau Malaya.

Pirlo yakin Juve mampu cabar Scudetto selepas Ronaldo pahat sejarah
Ronaldo menyumbat masuk gol ketiga Juventus selepas Alvaro Morata dan Federico Chiesa meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan dalam babak kedua.

Legenda bola sepak Pele terima suntikan pertama vaksin COVID-19
Pemain bola sepak terkenal berusia 80 tahun itu berkongsi perkara tersebut di saluran media sosialnya.

Liga-M masih mempunyai nilai tinggi - Pemerhati sukan
Ini dibuktikan dengan jumlah besar itu diperoleh pada musim ini, ketika situasi penularan COVID-19 masih tidak menentu dan kehadiran penonton di stadium masih tidak dibenarkan.

'Messi Kedah' sah dipinjamkan ke Perak FC musim ini
Pemain yang diberi jolokan 'Messi Kedah' itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014.

TMJ beri bayangan ambil alih Valencia
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.

Kedah, Terengganu FC akan bertandang ke Singapura dalam saingan Piala AFC
Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon ASEAN.

Liga-M: MFL terima tajaan lebih RM33.4 juta
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berjaya memperoleh tajaan berjumlah RM33.4 juta yang turut merangkumi hak penyiaran perlawanan bagi memastikan kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.

KBS di landasan tepat benar kehadiran penonton ke stadium
Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 dijangka diserikan kembali dengan kehadiran penonton ke stadium.