PENGENDALI pasukan negara, Kim Pan-gon tetap menyenaraikan tonggak sensasi Selangor FC, Faisal Halim dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa bertemu Syria dan China pada 6 dan 9 September di Chengdu, China.
Sebelum ini, Faisal telah digantung perlawanan selama sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 25 Julai hingga 23 Ogos susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika temu bual media selepas berdepan Sabah, April lalu.
Ia sekali gus menyaksikan Faisal terlepas tiga aksi Liga Super serta dua perlawanan Piala Malaysia dan menimbulkan persoalan mengenai peluangnya membarisi skuad negara pada perlawanan antarabangsa itu.
Dalam pada itu, Pan-gon mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan di Kuala Terengganu pada Jun lalu.
"Baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem latihan Mac yang tiada ketika kem latihan Jun iaitu kapten pasukan, Dion Cools, dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.
"Tiga pemain dari skuad Piala AFF 2022 - Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin serta Nathaniel Shio Hong Wan yang kembali dipanggil untuk kali pertama, tahun ini.
"Seramai 20 pemain pula diletakkan dalam senarai bersedia," kata FAM dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kem latihan pusat skuad negara akan bermula Selasa depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 23 2023
Sebelum ini, Faisal telah digantung perlawanan selama sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 25 Julai hingga 23 Ogos susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika temu bual media selepas berdepan Sabah, April lalu. - Gambar fail
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
Pan-gon panggil Faisal Halim
Kim Pan-gon tetap menyenaraikan tonggak sensasi Selangor FC, Faisal Halim dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa bertemu Syria dan China.