awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2024
01:00 MYT
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Kim Pan-gon turut mengambil langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan membabitkan beberapa pemain skuad kebangsaan yang berlaku ketika ini. - Gambar fail
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut mengambil langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan membabitkan beberapa pemain skuad kebangsaan yang berlaku ketika ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain badan induk itu juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
"Dia memahami apa yang sedang berlaku dan dia pun ambil langkah jaga-jaga.
"Seperti kem latihan kebangsaan pada Jun ini, kita lebih berhati-hati terutama dari segi keselamatan di dalam dan luar negara," katanya.
Sebelum ini, dua pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid telah disamun dalam satu kejadian di kediamannya di Kuala Terengganu pada Khamis lalu manakala Faisal Halim pula telah disimbah asid dua hari kemudian di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
Selain itu, bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim turut menjadi mangsa serangan apabila cermin belakang kereta miliknya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Hamidin menegaskan, skuad negara tidak akan menyerah diri dan tetap akan menghadapi baki dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun di sebalik pelbagai insiden yang berlalu.
"Mana boleh kita menyerah diri dengan Kyrgyzstan, kita mesti lawanlah. Kenapa kita nak menyerah diri pula?
"Apa pun dengan usaha, peluang 50-50 dengan Kyrgyzstan. Saya pun dah cakap dengan Pan-gon dan dia tahu.
"Kita akan berusaha keras dan beliau telah mengenal pasti siapa nak menggantikan Faisal Halim nanti pada bulan Jun," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Faisal Halim disimbah asid
#solidaritiFaisalHalim
#Kim Pan-gon
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan