KUALA LUMPUR: Temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 yang dijadualkan bermula 1-6 Nov ini, bakal menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan pada temasya peringkat antarabangsa.
Timbalan Ketua Pengarah (sektor pembangunan sukan) Majlis Sukan Negara (MSN) Suhardi Alias berkata pihaknya mahu mengenal pasti atlet yang mampu menggantikan jaguh-jaguh sedia ada, untuk membawa cabaran negara ke temasya seperti Sukan Para ASEAN 2023 Kemboja, Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dan Paralimpik Paris 2024.
"Kita berharap atlet yang mencapai kejayaan cemerlang, bukan sahaja pingat emas, mungkin catatan terbaik, akan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi untuk kita melatih mereka mencapai hasrat ke Paris 2024.
"Insya-Allah, dengan sokongan padu semua pihak kita yakin dapat menganjurkan program Para Sukma ini, yang mempunyai 10 jenis sukan merangkumi 328 acara dengan jayanya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Detik 100 Hari Para Sukma 2022 di sini, malam tadi.
Beliau berkata seramai 1,200 atlet dan 700 pegawai dijangka menyertai temasya bagi golongan kurang upaya itu, namun jumlah sebenar atlet dan acara yang dipertandingkan hanya boleh ditetapkan selepas tarikh tutup pendaftaran pada 31 Julai ini.
Suhardi berkata, had umur penyertaan ke Para Sukma kali ini ditetapkan di antara 14 hingga 45 tahun, iaitu jurang yang lebih fleksibel bertujuan untuk mengenal pasti lebih ramai atlet, selain turut dapat mengetengahkan atlet-atlet dari kawasan luar bandar.
Terdahulu, dua jaguh olahraga yang pernah menggapai kejayaan pingat emas di Kejohanan Dunia dan Paralimpik, Datuk Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi melancarkan Detik 100 Hari Para Sukma dengan sorakan gemuruh lebih kurang 100 atlet para.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
Suhardi (tengah) ketika hadir pada majlis pelancaran Detik 100 Hari Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto MSN
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira tenang, Datuk Red tunduk sayu lafaz cerai talak Satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
'Forgive me' status terakhir atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata
Muhammad Ata Maarof sempat memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden kebakaran pada Sabtu.