Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan bahawa insentif untuk atlet para sama dengan atlet biasa.
“Kejayaan dan pengorbanan atlet para harus dihargai seperti atlet lain, bukan 30 peratus dari atlet ‘biasa’.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk berasa hanya 30 peratus bangga dengan mereka. Saya 100 peratus bangga dengan wira dan wirawati para kita. Mereka luar biasa,” kata Khairy dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
BACA: Negara berbangga pencapaian Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad - PM
BACA: Penat lelah, usaha gigih mereka terbalas - CDM
Jelas Khairy, beliau mula tahu bahawa atlet para menerima insentif lebih sikit dari atlet biasa setelah bertemu atlet lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli tiga tahun lepas selepas kemenangan di Kejohanan Olahraga Dunia di Lyon, Perancis.
“Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata.
BACA: Pemenang pingat emas bakal terima Kia Sportage - Naza
BACA: Terima kasih Ridzuan dan Ziyad, kami bangga dengan kejayaanmu!
“Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luar biasa',” kata Khairy yang membawa isu ini ke Lembaga Majlis Sukan.
Buat masa ini, dua atlet Paralimpik negara mencipta sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio, Brazil.
Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) manakala Muhammad Ziyad pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.
BACA: Bekas penjual kuetiau sumbang emas Paralimpik buat negara
Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.
Syafique Shuib
Sun Sep 11 2016
Khairy menegaskan tidak adik jika atlet para menerima insentif kurang dari atlet biasa. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.
Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Paralimpik Paris 2024: Pecutan saat akhir Philippe lebur harapan gangsa Ammar Aiman
Ammar Aiman memulakan larian dengan memberangsangkan dan berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum Yovanni Philippe meningkatkan pecutan.
Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.
Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.
MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.
Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.