TOKYO: "Ini renangan terbaik sepanjang karier saya," demikian reaksi perenang kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, selepas mengakhiri kempen sulungnya di Sukan Paralimpik dengan mempamerkan kuakan bergaya dalam acara akhir 50 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal).
Walaupun tidak berjaya menyumbang pingat, Nur Syaiful yang menamatkan saingan di tangga kelima, tetap berpuas hati dapat melebur rekod peribadinya sebelum ini iaitu 33.20 saat (s) yang dicatatkannya di sebuah kejohanan di London pada 2019, dengan catatan baharu, 32.82s.
"Alhamdulillah saya puas hati walaupun tiada rezeki untuk sumbang pingat. Saya akan cuba buat lebih baik di Paris 2024 nanti," katanya kepada Bernama.
Mengenai perancangan seterusnya, perenang kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu memaklumkan akan berehat sehingga bulan November, sebelum menyertai semula kem latihan pada bulan berikutnya.
Katanya, beliau akan fokus untuk memenangi saingan atau meraih pingat khususnya bagi Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China serta kejohanan dunia tahun depan.
Terdahulu, Nur Syaiful yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun, muncul perenang kelima terbaik daripada 16 peserta secara keseluruhan dalam dua saringan dijalankan pagi tadi.
Hanya lapan perenang terbaik daripada kedua-dua saringan mara ke akhir.
Perenang China menyapu bersih kesemua pingat ditawarkan dalam acara itu, selepas Tao Zheng muncul juara dengan catatan masa 30.31s yang juga rekod baharu Paralimpik, manakala perak milik Weiyi Yuan (31.11s) dan gangsa, Lichao Wang (31.35s).
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful mara ke final 100m gaya bebas
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful layak ke final 50m gaya bebas S5
Khamis lepas, Nur Syaiful juga berjaya memperbaiki rekod peribadi selepas bertanding dalam acara akhir dalam acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5.
Beliau yang menduduki tangga ketujuh pada aksi final mencatat masa 1 minit 15.12 saat, sekali gus memadam catatan peribadi terdahulu iaitu 1:15.39 di London, United Kingdom pada 2019.
Bagaimanapun, kempen Nur Syaiful turut dicemari dengan insiden pembatalannya dalam dua acara lain iaitu, 100m kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) dan 200m gaya bebas lelaki S5, kedua-duanya di peringkat saringan, gara-gara kesilapan teknikal dilakukannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Nur Syaiful beraksi dalam acara akhir lelaki 50m gaya bebas lelaki S5 di Pusat Akuatik Tokyo, 1 Sept, 2021. - Facebook Majlis Sukan Negara
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Paralimpik Tokyo: Nur Syaiful akhirnya jelma renangan terbaik
Walaupun tidak berjaya menyumbang pingat, Nur Syaiful tetap berpuas hati dapat melebur rekod peribadinya sebelum ini.
Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful layak ke final 50m gaya bebas S5
Atlet kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu mencatatkan masa 33.46s, ketinggalan 1.65s di belakang perenang China, Tao Zheng.
Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful mara ke final 100m gaya bebas
Nur Syaiful yang bermula di lorong ketiga, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 1 minit 16.33 saat.