awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful mara ke final 100m gaya bebas

Bernama
Bernama
26/08/2021
02:08 MYT
Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful mara ke final 100m gaya bebas
Saingan akhir dijangka berlangsung pukul 5 petang ini (4 petang waktu Malaysia). - Foto BERNAMA
TOKYO: Selepas mengalami episod duka dalam aksi pertama semalam, perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli kini boleh menghela nafas lega, apabila layak ke final acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.
Nur Syaiful yang bermula di lorong ketiga, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 1 minit 16.33 saat (s) pada saringan pertama, yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, di sini.
Atlet berusia 26 tahun dari Sarawak itu, menempah slot ke pusingan akhir selepas menghuni tangga ketujuh secara keseluruhan.
Hanya lapan perenang terbaik daripada kedua-dua saringan dijalankan hari ini mara ke akhir.
Juara bertahan dari Brazil Daniel de Faria Dias, muncul pemenang bagi saringan pertama selepas mencatat masa 1:13.02s manakala pemenang perak 200m gaya bebas lelaki (S5) semalam iaitu Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, di tempat kedua dengan masa 1:13.33s.
Saingan akhir dijangka berlangsung pukul 5 petang ini (4 petang waktu Malaysia).
Semalam, Nur Syaiful terlepas peluang untuk layak ke peringkat akhir acara 200m gaya bebas lelaki S5, selepas penyertaannya dalam saringan pertama dibatalkan gara-gara isu teknikal selepas didapati menampal pita pelekat di bahu kirinya.
Nur Syaiful sebenarnya berpeluang untuk memecah rekod Asia dipegang perenang Thailand Phuchit Aingchaiyaphum, dengan catatan masa 2:58.11s dilakukan di Melbourne, Australia tahun lalu selepas menamatkan saingan di tangga kelima dengan masa 2:56.78s.
Beliau mendedahkan terpaksa menampal pita pelekat dan berenang dalam kesakitan susulan kecederaan dialami di bahu kirinya sejak Sabtu lepas, sebelum aksinya dibatalkan selepas dimaklumkan pengadil bahawa penggunaan objek itu tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paralimpik Tokyo 2020
#Nur Syaiful Zulkafli
#final
#gaya bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan