KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan memastikan Sukan Olimpik 2024 di Paris bukan yang terakhir dalam kariernya.
Malah pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) lelaki dengan 10.9 saat (s) yang akan beraksi di Paris 2024 atas tiket wildcard tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028 (LA2028).
"Siapa tahu mungkin pada ketika itu (LA2028) ada rezeki lebih besar... Selagi beraksi di Olimpik itu jadi matlamat supaya boleh menimba pengalaman bukan sahaja untuk saya sendiri tetapi untuk negara,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima tajaan barangan keperluan pertandingan di temasya Olimpik Paris 2024 oleh Mizuno di Majlis Sukan Negara di sini, semalam.
Dalam pada itu, atlet berusia 20 tahun itu dijadual berlepas ke Paris pada Ahad ini untuk membuat penampilan sulungnya di Olimpik dalam acara 100m di Stade de France bermula 3 Ogos ini.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard enggan memikirkan soal kehadirannya di Paris 2024 yang menjadi pertikaian beberapa pihak ketika ini.
Menurut jurulatih kelahiran Australia itu, misi utamanya di sana hanya untuk membantu Azeem berada dalam prestasi terbaiknya pada temasya sukan paling berprestij itu.
Ballard pada masa sama berkata beliau sering berhubung dengan jurulatih Azeem, Ken Harnden, dengan menghantar analisis serta video sepanjang anak buahnya menjalani latihan di dalam negara.
Menurutnya beliau mahu memastikan Azeem memperoleh pengalaman positif dan motivasi di pentas Olimpik.
Sukan Olimpik 2024 akan dibuka secara rasmi Jumaat ini dan berakhir 11 Ogos ini.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Azeem dijadual berlepas ke Paris pada Ahad ini untuk membuat penampilan sulungnya di Olimpik dalam acara 100m di Stade de France bermula 3 Ogos. - Foto Malaysia Athletics Federation

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS
Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

China negara pertama berjaya jalankan operasi reaktor nuklear thorium secara berterusan
Reaktor thorium tidak memerlukan bekalan air yang banyak untuk sistem penyejukan dan dianggap lebih bersih berbanding reaktor nuklear semasa.

UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel
UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan
Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS.

KazanForum 2025: Malaysia sedia main peranan strategik seiring perkembangan koridor utara-selatan
Malaysia dan negara-neara Selatan Global dapat manfaat daripada transformasi perdagangan yang dibawa ITC Utara-Selatan merentasi Eurasia.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Majlis Media Malaysia disaran wujud pasukan khas pantau kesilapan - Pakar
Inisiatif itu akan memperkukuh profesionalisme dan ketekalan landskap media negara.

Saintis kesan kewujudan hidupan di planet selain bumi
JWST mengesan molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) di atmosfera K2-18b, yang dihasilkan oleh bakteria dan plankton di bumi.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.