KUALA LUMPUR: Halangan sebenar beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Sukan Olimpik Paris 2024 adalah apabila bakal berdepan tiga pasangan terbaik dunia di separuh akhir.
Legenda badminton negara Datuk Razif Sidek berkata kemenangan di separuh akhir sekali gus melangkah ke final, memberikan bayangan kemungkinan besar Malaysia akan menamatkan penantian pingat emas pertama di temasya berprestij itu.
Bagi Razif, beregu negara yang menghuni ranking keempat dunia itu tidak menghadapi masalah melepasi saingan peringkat Kumpulan A walaupun pilihan utama dari China Liang Wei Keng-Wang Chang dijangka menjadi halangan terbesar mereka.
"Pada pandangan saya, mereka pasangan tunggal yang boleh bawa pingat untuk negara.
"Saya lihat laluan mereka ke suku akhir tiada masalah. Jika tiada halangan saya rasa Aaron-Wooi Yik boleh bawa balik emas namun ia bergantung kepada keputusan di separuh akhir," katanya kepada Bernama semalam.
Menurut Razif, jika juara dunia 2022 itu berjaya menempah tiket separuh akhir, selain Wei Keng-Wang Chang, dua lagi beregu di ranking utama dunia perlu 'diredah' iaitu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia) sebelum berada dalam pertarungan sebenar perburuan pingat emas.
Turunnya keempat-empat pasangan itu di gelanggang Porte de la Chapelle Arena, pastinya akan menghangatkan lagi aksi separuh akhir acara badminton di Paris 2024.
Berdasarkan rekod pasangan negara, Aaron-Wooi Yik pernah mencatat dua kemenangan berdepan wakil China, menang lapan daripada 11 pertemuan dengan Satwiksairaj-Chirag dan empat kemenangan daripada lapan perlawanan berdepan Fajar-Muhammad Rian.
Razif yang muncul wakil pertama negara meraih pingat di Sukan Olimpik bersama adiknya Datuk Jalani Sidek di Barcelona 1992 itu berkata selain lawan, tahap kecergasan juga menjadi penentuan perjalanan Aaron-Wooi Yik di Paris kelak.
"Dari segi cara permainan saya rasa tidak menjadi masalah cuma kekurangan mereka adalah kecergasan. Jika dapat mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi, darjah keyakinan mereka juga akan meningkat," katanya.
Aaron-Wooi Yik diundi dalam Kumpulan A bersama Wei Keng-Wang Chang, Ben Lane-Sean Vendy (England) dan Adam Dong-Nyl Yakura (Kanada).
Berdasarkan format perlawanan, hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke suku akhir.
Sementara itu, Razif turut memuji strategi diatur Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengadakan perlawanan simulasi selain mewujudkan suasana seolah-olah dalam gelanggang di Paris 2024, di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.
Selain itu, BAM juga mengatur kem latihan fasa akhir selama seminggu di Lille, kira-kira 219 kilometer (km) dari Paris minggu lepas, sebelum atlet memasuki perkampungan sukan di ibu negara Perancis, pada Isnin.
Turut membawa cabaran Malaysia di Sukan Olimpik kali ini ialah beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta dua pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia (lelaki) dan Goh Jin Wei (wanita).
Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
RAZIF: Pada pandangan saya, Aaron-Wooi Yik pasangan tunggal yang boleh bawa pingat untuk negara. Saya lihat laluan mereka ke suku akhir tiada masalah. - Gambar fail/BERNAMA
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).