awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan Neymar, Bruna Biancardi tiba di Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2023
00:00 MYT
Pasangan Neymar, Bruna Biancardi tiba di Arab Saudi
Bruna Biancardi tiba di Arab Saudi ketika superstar bola sepak itu tiba di Riyadh menjelang pengumuman rasmi beliau sebagai pemain Al-Hilal pada Sabtu lalu. - Foto Instagram/Bruna Biancardi
RIYADH: Pasangan bintang bola sepak Brazil, Neymar, iaitu Bruna Biancardi, tiba di Arab Saudi pada hujung minggu lalu ketika superstar bola sepak itu tiba di Riyadh menjelang pengumuman rasmi beliau sebagai pemain Al-Hilal pada Sabtu lalu.
Model Brazil itu berkongsi gambar di akaun media sosial Instagram peribadinya detik-detik perjalanan beliau di Riyadh, termasuk video-video pendek.
Biancardi merupakan seorang model dan pempengaruh media sosial yang sebelum ini telah bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Off-White dan Balmain.
Pada April lalu, pasangan ini mengumumkan mereka sedang menanti kelahiran anak pertama.
"Kami bermimpi tentang hidupmu, merancang untuk kedatanganmu, dan tahu bahawa kau di sini untuk melengkapkan cinta kami dan membuatkan hari-hari kami lebih bahagia," tulis pasangan itu.
Dua bulan kemudian, Neymar dan Biancardi mengumumkan mereka akan menimang cahaya mata perempuan.
"Kami tidak sabar untuk berjumpa denganmu secara peribadi, bayi perempuan! Kau adalah hadiah terbesar buat kami!" tulis Biancardi di Instagram.
Neymar juga mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya sebelum ini.
Biancari aktif di akaun media sosialnya yang diikuti oleh 7.2 juta pengikut dengan memberi tumpuan pada subjek fesyen dan kecantikan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Neymar
#Bruna Biancardi
#Neymar sertai Al-Hilal
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan